Ya, masih ada ruang lagi yang perlu diisi. Terasa rugi kalau tidak padat. Masalah timbul bila ruang sudah padat, terpaksa diganti dengan yang lebih besar. Cuba penuhkan masih tak muat, ganti yang lebih besar, cuba penuhkan , terlajak pulak ganti yang lebih besar.... maksud saya kotak yang dibawa balik.Setelah habis bekerja kami berjalan di kawasan sekitar menuju BIN DAWOOD( hypersupermarket), terasa amat lengang kawasan yang selalu dipenuhi oleh jemaah haji Turki.
Menariknya hari ini ialah rakaman saya atas beberapa makanan, minuman yang mesti cuba jikalau berada di sini. Berkat doa Nabi Allah Ibrahim , Makkah atau Bakkah ini kaya dengan makanan dan buah-buahan. Kalau nak dikirakan tempat ini dipenuhi batu-batu yang amat keras dan tiada ladang tanaman.
Delima espana , delima mesir...china punye pun ada
Buah ciku pun ada.... tak pernah terfikir pun.
Buah nona manis
Buah tebu. Takut-takut arab telan sekali dengan hampasnya...
Nenas bantut....manis sangat!
Mahalnya cherry ni ...RS64 sekilo... dapat banyak biji .. tak mengapa
Pisang untuk di buat cekodok pun ada dijual.. ingat tadi diberi percuma...
Kita panggil pisang kaki , di sini dipanggil KAKA...kaka espana..
Romman... Delima . makanan ahli syurga . Dikahabarkan jenis dari Taif dan Sepanyol yang terbaik
Avocardo... sedap dibuat jus berlemak
Mismis( Bukan kismis) . Kepingan kering buah ini dinamakan Qamaruddin sedap dibuat jus di bulan ramadhan. Gebu .
Berbagai jenis minuman juga terdapat di sini seperti teh ,kopi yang berbagai jenis dan perasa. Cuma di sini saya hendak berkongsi pandangan mengenai air-air buah NON ALCOHOLIC yang dibotolkan, berbotolkan dengan botol yang menyerupai botol arak. Saya setuju botol itu di gelapkan kerana tindakabalasa cahaya boleh merosakkan vitamin di dalamnya( jikalau ada). Tetapi saya tidak bersetuju bentuknya, presentationnya, iklannya mirip-mirip ala arak. Dan, pernah saya lihat rancangan sukan TV di negara arab, di mana pelumba kereta membuka botol air buah tersebut , digoncang dahulu, dibuka dan disembur pada penonton dan pelumba tersebut minum seolah-olah seperti botol arab dibuka meraikan satu kejayaan. Tindakan tersebut akan mengelirukan anak-anak kita yang masih belum matang. menjadi kebanggaan anak-anak muda membawa-botol tersebut. Saya kuatiri akana datang mungkin dicampurkan sedikit alcohol bermula dengan trace , kemudian 0.5 % contohnya dan di tambah sedikit demi sedikit.Yang menjadi parah jika ianya dijual bersebelahan dengan Alcoholic Drink. Kita akan keliru. Anak-anak akan keliru. Budaya atau cara bergaya sudah dipengaruhi...
Barbican dan Holstein ( Iklan di kaca TV berkonsep pemuda-pemudi berhibur)
Sepupunya... Bario
Fayrouz.. ada epal, mangga, nenas...
Yang disebelah ini mendapat sentuhan arab.. maka dinamakan LAZIZA
Saya memang meminati makanan yang manis-manis. Baklava adalah kuih manis yang disediakan sepanjang tahun. Saya pernah memakannya di Turki dahulu dan pernah dihidangakan di German tempohari oleh sahabat berbagsa Tuirki. Kepingan seperti kulit popia berintikan kekacang, pistachio, almond yang dimaniskan. kesedapannya bertambah jika dihidang bersama teh atau kopi. Kawasan yang saya duduki di sini selalunya didiami oleh jemaah haji Turki.
1 kilo 75 riyal
Kalaulah boleh hendak saya bawa balik setalam baklava.
Dalam sibuk memerhatikan produk tenusu di hypermarket tersebut bersama teman sepenjuangan, terserempak kami dengan Susu unta yang dipasteurkan dan boleh dinikmati dengan selamatnya. Kebanyakan jemaah beranggapan badan akan mengeluarkan toksin dengan mendapat cirit-birit setelah menikmati susu unta. Saya beranggapan bahawa cirit-birit itu disebakan jangkitan kuman E-coli kerana penyediannya kurang bersih. yang dipasteurkan adalah lebih baik tetapi tempoh "expiry date" adalah singkat, dalam 3-4 hari.
Keju kurang lemak , keju lebih lemak dan keju terlebih lemak pun ada.
Susu unta yang dipasteurkan... belum cuba lagi minum teh susu unta..
Buah zaitun yang jerukkan. Saya memang menyukai buah hebat ini. Enak jika dimakan pada bila-bila masa ..sarapan, makan tengahari dan jua malam. Petugas perubatan masih ramai yang belum boleh menerimanya... kena datang kerap lagi.
Berbagai jenis zaitun . Mesti makan!!
Turshee/ pickle....
Dalam sibuk merakam santapan mata di atas , hati saya berkata " syoknya kalau dapat bawa balik.... tetapi bila nak balik ni..." HAZA MIN FADLI RABBIK
No comments:
Post a Comment