Asalamualaikum.
Cuaca di tanah suci semakin sejuk.(18-20 C di sebelah pagi). Kedai di sepanjang jalan sudah mengeluarkan jubah-jubah musim sejuk. Pertama kali saya terserempak dengan jubah berbulu di bahagian dalamnya.
Jubah berbulu... bulu apa ye...macam bulu orang utan je
Saudagar Jubah....
Semalam saya bersama rakan-rakan di beri tanggung jawab membawa pesakit yang baru dikeluarkan dari hospital arab , ke Maddinatul hujjajj Jeddah. Perasaan amat gembira seorang pesakit ialah dapat pulang ke tanahair. Terasa bagaikan seketul batu yang menghempap kepala.. telah diambil. Kami beri sedikit ubat penahan sakit agar berasa lebih selesa dalam perjalanan dengan jarak lebih kurang 70km. Selepas asar kami bertolak. Disebabkan masalah kesihatan tawaf wida' dikecualikan. Pihak hospital menyantuni beliau dengan menghantarnya untuk "melambai "di masjidul haram. Saya terpinga-pinga... nak melambai di mana ambulan bertutup sukar untuk memandang keluar.
Pesakit tersebut mengalami masalah kaki dan telah menjalani pembedahan di hospital arab. Bersyukur atas nikmat Ilahi yang memberi kekuatan dan sehat tubuh badan terutama semasa berada disini. Ustaz yang mengajar ada berkata , di antara doa-doa beliau ialah kuatkan kaki semasa di tanahsuci agar boleh ke sana dan ke mari dengan mudah.
Apa yang tersentuh perasaan saya ialah pesakit tersebut tertanya tanya di mana Masjidil Haram ." saya nak ucap selamat tinggal, belum tentu saya boleh ke mari lagi dengan keadaan kaki saya begini".
Pemandu ambulan memasuki kawasan Masjidil Haram dan mengarahkan pintu kenderaan menghala pada masjidil haram agar pesakit tersebut dapat memerhati, melambai dan berdoa seketika.
Sebahagian dari Marwah kelihatan
Hanya inilah yang dapat pesakit tadi lihat sebelum berangkat keluar dari Makkatul Mukarramah. Dengan doa dan linangan air mata beliau mengangkat kepala melambai-melambai rumah Allah. Semoga Allah memakbulkan pemintaannya.Allah bangga dengan tetamunya yang bersusah payah, berdebu dan kurus kering datang ke tanah suci ini.
Dalam lamunan di dalam ambulan kawan bertanya nak beli jam apa ya nanti selepas waktu kerja?
Yang mana satu nak pilih ni ..Tissot, Titan, Lyzer,Seiko, Edifice.......
Saya kurang arif cuma saya boleh syorkan....beli yang dibawah ni...
Sebelum kembali ke HQ, kami mencuba pembasuh mulut di bawah
( Best Laxative). SR 5.
No comments:
Post a Comment