Tidak tahu nak berkata... Perasaan berbolak balik... tak stabil. ada gembira ada sedih ada risau. Gembira.. bila tergambar ahli keluarga rakan-rakan di Malaysia suasana kampung.. kuala pilah. Sedih...Tak tahu samada boleh datang ke sini lagi bertugas atau sebagai jemaah. Yang paling sedih air zam-zam dan yang di bawa tak dapat nak hadiahkan pada ayahanda tercinta. Risau ... barang hadiah yang dipos 2 minggu lepas masih belum sampai. (tak tergamak nak beli dengan barang Mydin ) dan kalau tak semena-mena flight tangguh.
Pili air zam zam sudah sunyi......
Bersekesempatan menunaikan solat jumaat. Iman menegaskan dalam khutbah agar berpuasa sunat muharam. Bulan yang paling baik berpuasa ialah bulan ramadhan, hari yang paling baik berpuasa ialah 10 muharram (maaf kalau silap faham).Kawasan datarannya lengan dan tidak panas. Marmar apa ye... jenis apa ye. kalau buat dinding rumah mesti sejuk..
Saya tertarik dengan sms sahabat saya yang selalu mengingati saya tentang solat dhuha...Ini sahabat dunia akhirat ni. Saya doakan beliau sentiasa menasihati saya.
Barang yang telah dibungkus untuk dibawa balik kami kumpulkan sekali untuk di hantar ke Medina. saya di jemput laig ke Medina sebelum kembali ke tanahair .. Dapat berjumpamu lagi Wahai Rasullulah. Terdapat juga seorang pesakit perlu dibawa ke Medina. Saya rakamkan dari bilik tempat menyidai baju ( Masih sempat lagi dibasuh ... cepat kering walaupun dah last minute).
Deretan beg yang beratur menanti lif
330pm Kami melakukan tawaf wida dalam keadaan yang amat tenang.. sudah tika ramai tetapi kawasan multazam , seolah-olah baru selesai wukuf. Muslimin-muslimat masih lagi berebut-rebut. Yang beratur pun jadi tidak sabar.. Seorang ibu menjerit-jerit sampi aurat terbuka bersusah payah untuk menngucup hajar aswad. Polis hanya memerhati. Sudah kepenatan agaknya... beliau hanya duduk dikerusi. Bergaduh bertumbuk ada kerana batu tersebut. Ada juga sindiket cari makan dengan cara kepung pelanggan sampi ke hajr aswad. Ramai jemaah Malaysia terpengaruh terutama perempuan.
Setelah wida ...kami meninggalkan Mecca dengan azam hendak kembali berkhidmat lagi jika dimurahkan rezeki. Perjalanan disebelah malam lancar dan kami berhenti rehat di R&R. Nasi mandi dan teh halia..
Teh halia dapat menghilangkan kepenatan kaki dan membuang angin yang terkumpul sepanjang perjalan yang mengambil masa 6 jam.. (368km)
.Kami sampai di Medina jam 1200 malam dengan suhu 10 degree celcius.
.Kami sampai di Medina jam 1200 malam dengan suhu 10 degree celcius.
Subuh di masjidil nabawi ... keluar lebih awal dan jemaah amat ramai, raudah tidak dibenarkan masuk, terlalu sesak. Di babus salam saya rakamkan gambar di bawah, timbunan selipar... saya di marahi askar kerana mengambil gambar...baginya mungkin satu keaiban , tapi bagi saya ia mengambarkan betapa ramai umat manusia menziarahi nabi........
Darul Quran
Syukur Alhamdulilah , berpeluang pergi ke darul shifa,dapat melihat bagaimana quran dicetak. Terpilih untuk menberi penerangan dengan berpandukan skrip yang diberi. Alquran telah diterjemah kepada 55 bahasa. dan quran percuma diberi sewaktu keberangkatan balik. kami juga melawat masjid Quba & Qiblatain
Dalam sibuk melawat saya menerima jadual penerbangan yang sentiasa berubah.. beginikah nasib seorang petugas. Saya harap dapat pulang dan dapat menghantar anak temuduga di Kuantan.
Dalam kegembiraan, operasi telah hampir tamat dan menunggu tarikh dan masa pulang, peringatan diberi kepada petugas dalam bentuk checklist yang boleh digunakan sebagai panduan untuk mengarap MABRUR
No comments:
Post a Comment