Wednesday, December 21, 2011

Terkenang........3

Asalamualaikum

Ya.. masih terkenang 
Tergambar kaabah tetapi kurang jelas warnanya...


Sebulan sebelum wukuf,  keadaan rasa amat tenang selesa tidak terkejar-kejar, bangun di awal pagi dalam satu jam sebelum azan solat subuh. Bergerak dari hotel yang jarakanya llingkungan 1 km. Sesampai di masjid , lantas menunaikan tawaf. dalam pusingan ke 5 kelihatan muslimin sudah membuat saf pertama , kedua dan ketiga...berebut-rebut menyertai mereka terutama berhadapan dengan hajar aswad dan multazam. sedikit demi sedikit jemaah di dalam hijr Ismail di arah mengosongkan kawasan tersebut.Kekadang terdengar suara polis yag menjaga menjerit memberi arahan bagi mereka yang tidak peduli. Kawasan berhampiran Kaabah dibersihkan dan dinding kaabah disapu minyak wangi. Dengan panduan jam besar dapatlah, mengatur langkah. Yang paling dicari, sebaik sahaja selesai tawaf berhenti di multazam membaca doa dan menyertai saf pertama. Dihimpit, ditolak dan tempat strategik diambil orang adalah perkara biasa.
Multazam....Allahumma.......(Kena baca doa yang dikirim di sini)
Tengah khusyuk baca doa sambil mennitis air mata(aku tak la sesensitif ini melainkan di multazam).. baca doa yang ada dalam buku doa, sewaktu berdoa di barisan ayat doa yang penting, kena tolak , terkeluar dari kawasan multazam,... geram rasanya.. tengah online, terputus pula.

Saya rasa amat kesian pada jemaah wanita yang menyelit di antara jemaah lelaki yang di halau keluar barisan. Selalunya mereka bersama suami masing-masing. Memang betul sepatutnya mereka kembali ke kawasan yang ditempatkan jemaah wanita. Tetapi setengahnya tidak mengerti dan berdegil. Sikap polis yang menjaga kasar dengan jemaah wanita yang degil ada patutnya. Kekadang mereka berkeras tidak mahu menganjak. Sebenarnya ada kawasan wanita yang setentang dengan multazam, tetapi telah di monopoli oleh jemaah turki. Jarang kelihatan jemaah wanita dari Malaysia duduk di kawasan tersebut . Rebutlah peluang, cari lah tempat  dan waktu mustajab berdoa. Hebat sungguh kerja haji.
Kawasan wanita yang berhadapan dengan multazam. perhatikan bungkah marmar putih itu., boleh dijadikan meeting point dengan isteri jika terpisah / setelah selesai solat. Kelihatan wanita berkaca mata hitam menutup dahi adalah Azah dan disebelah kirinya kawasan wanita turki dimana mereka selalu beriktikaf/ solat.  

Alhamdullillah, berkesempatan sama-sama menguruskan majlis perkahwinan adik ipar yang bongsu di Permatang Sintok Penaga Pulau Pinang. Majlis yang penuh warna warni  dan di hadiri oleh ramai  saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Pendek kata perhimpunan keluarga secara besar-besaran pada 17 December 2011
Dr Sayuthi dan Norsyazwani. BARAKALLAHULAKUMA FI KHAIR..
 Cuti 4 hari . Saya pun begitu dahulu...tak mengapa.




Sudah menjadi tradisi majlis diserikan dengan celoteh DJ  majlis perkahwinan. Berbagai cara dipersembahkan diselang seli dengan dendangan lagu citarasa dewasa kini. Tanpa mereka mungkin suasana agak hambar dan kurang meriah dengan low mode, low tone dan  tidak ceria. DJ memainkan peranan yang amat penting selaku wakil tuan rumah, mengalu-alukan tetamu, memperkenalkan kedua-dua mempelai, mengucap terimakasih atas kehadiran dan memohon maaf atas serba kekurangan. Perkara–perkara penting seperti waktu solat zohor, Asar perlu ingatkan, masjid yang berhampiran, memperbanyakan doa-doa kepada pengantin dan tidak berlebih-lebih dalam berhibur seperti joget (ada golongan yang  cuba menghidupkan semula).



Seorang DJ yang buta di satu majlis perkahwinan berhampiran , bijak bermain kata-kata memukau tetamu undangan.....

Perarakan dengan beca antik (1941) berhias.


 Yang menjadi kurang menarik di majlis kami ialah pilihan lagu yang berkumandang, versi lagu lama sentimental dan kebanyakan lagu pilihannya tidak menyenangkan kami adik beradik. Sepatutnya didendangkan dengan lagu utama Maheer zain “Barakallahulakuma”atau nasyid kontemporari. Berkali-kali ditegur tetapi tidak diendahkan. Beliau berkeras bahawa pilihan lagunya adalah pilihan majoriti, masyarakat  kampong yang terdiri dari golongan tua. Untuk menyedapkan hati kami beliau memasang satu lagu nasyid kotemporari dan kembali disusuli dengan lagu-lagu pilihan beliau. Di waktu  santapan raja sehari ,tidak semena-mena beliau menghilangkan diri …kami adik beradik  terpaksa menjadi bidan terjun menyelamatkan keadaan.

DJ Bidan sedang membuat terjunan..." jemput makan semua... kena tambah"


 Syukur majlis menjadi terkawal dengan celoteh adik-beradik ipar duai,  walaupun menghadapi masalah mengawal control panel sound system. DJ akhirnya mengalah dan menyerahkan majlis kepada kami. Susunan lagu perkahwinan  tahniah Maherzain, Irfan Makki dan nasyid kontemporari mencorakkan semula majlis. Tetamu yang memahami mengucapkan tahniah atas tindakan kami. Begitulah bila pelanggan tidak menjadikan keutamaan.

Raja Sehari Dr Sayuthi...sayang isteri ...oncall lah selalu


Sebagai tazkirah untuk pengantin baru, banyak kisah agung perlu diteladani. Makkah memang sinonim dengan Nabi Allah Ibrahim A.S, begitu juga kisah Nabi Allah Ismail dan ibunya Siti Hajar. Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri. Mana mungkin wanita lain boleh menyaingi beliau.

Jemaah wanita dengan telekung yang berbagai warna dan gaya sebagai pengenalan diri. Bolehkah mereka menandingi Siti hajar


Unta tersenyum setelah dihias....

Iktibar kisah daripada al-Quran yang ditunjukkan oleh Siti Hajar sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, satu contoh teladan yang agung. Kisah ketabahan, kesabaran dan kekuatan  mempunyai kaitan dengan falsafah penting ibadat haji atau umrah  iaitu ibadat saei berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali  bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu.


Safa & Marwah


Tentulah perjalanan yang  sukar ,merempuh bumi gersang menghantar  siti Hajar dan bayi ke Makkah berbekalkan ketabahan, kekuatan, jatidiri dan tawakkal yang amat tinggi. Perjalanan dengan bas yang kerosakan penghawa dingin selalu mengundangkan   kemarahan tetamu Allah.




Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir.  Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya di bawah bahang sinaran matahari bukan kepalang. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Selepas Siti Hajar diturunkan, Nabi Ibrahim bergegas untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang  mahu pergi, ditariknya baju suaminya sambil merayu-rayu. Bertanya Siti Hajar beberapa soalan, adakah  tindakan ini disebabkan oleh dosanya, lantas beliau memohon ampun dan maaf serta ketidaksanggupan ditinggal di kawasan lembah berbukit batu dan berpasir  kering kontang  tanpa penghuni. Nabi Ibrahim  dengan perasaan sayu menegaskan bahawa tindakan tersebut ialah perintah Allah. Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam tidak berkata. Kelu lidahnya untuk terus merintih merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti di lembah tiada penghuni. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ. Siti Hajar sedaya upaya menguatkan tawakal pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu?


Kalau dibuka hijab agaknya....mungkin kita boleh nampak jin malaikat yang sedang tawaf....


 Wallahua alamu, rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.Maka terpujuklah hatinya.  Sesungguhnya cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: “Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan dan serahkanlah urusan keselamatan itu kepada Allah dan sudah pasti Dia akan membela kami. Siti Hajar memang wanita terpilih. Nabi Ibrahim terharu, bersyukur dan berdoa:

Mina.....banyak peristiwa agung berlaku disini

“Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu.”



Berdoa di bawah pancur emas...tempat makbul

Iktibarnya si suami atau isteri yang ditinggalkan kerana tujuan melakukan tugasan oncall di hospital mungkin setanding dengan peristiwa agung tersebut, sekiranya dilakukan dengan ikhlas hati,  tambahan lagi kalau terpaksa  bertugas 2-3 bulan menjaga tetamu-tetamu Allah di sewaktu musim Haji. Memang sungguh hebat ibadah haji dan perkara-perkara  berhubung kait dengannya.


Ke majlis raja sehari salah seorang pegawai perubatan.
Walaubagaimanapun, saya pernah ditegur di khalayak ramai oleh bapa seorang pelatih perubatan di majlis perkahwinan beliau kerana memberi cuti rehat yang sangat  pendek.  Nasib baik ditegur selepas menikmati  nasi minyak. Jika sebelum, mungkin mematikan selera dan terus pulang sahaja. Bertanya kawan-kawan  berapa hari yang saya beri rehat kepada pelatih tersebut.... saya jawab ..10 hari.



15th Aniversary....same place, same time, different cake.....








No comments:

Post a Comment