Wednesday, December 14, 2011

Terkenang .........2

Asalamualaikum.

Masih terkenang suasana dan kesibukan kota Makkah


Jam 10 pagi sudah ke Masjid Haram untuk solat zohor....Solat Jumaat .. jam 9 pagi

Sekarang di tempat saya tinggal ini hujan hampir setiap petang. Aktiviti tennis setiap petang digantikan dengan berlari indoor setempat atas reebok. Terkenang pada tahun ini saya tidak merasa hujan di Mekah hanya beberapa titik sahaja.

Tiada hujan semasa musim haji sepanjang tempoh saya berada disana.. kering dan panas. Ramai pesakit hidung berdarah kerana tahi hidung keras. Nasihat saya lembutkan dahulu sebelum dengan amalan sunat masukkan air ke dalam hidung semasa wudu.


Sebelum solat Istishqa' (minta hujan), imam mengingatkan agar muslimin sekelian tetamu Allah bertaubat dahulu. Solat Istishqa' dilakukan pada waktu Dhuha. Ramai tetamu Allah panik ketika seruan untuk solat sunat itu diumumkan oleh muadzin. Pengumuman telah dibuat selepas solat isya malam sebelum itu tetapi tidak ramai yang memahaminya. sepatutnya umumkanlah dalam 3 bahasa. Saya memang menanti kehadiran hujan di sana. Cuaca Selepas hujan di mekah amat nyaman sekali... terasa bersih..... membasuh dosa muslimin sekelian.

Solat Istisqa di Masjid haram... beberapa hari sebelum wukuf.... tak makbul.. Tahun 2009, jemaah merungut kerana kerap solat minta hujan dan banjir besar berlaku. Ada Solat minta hujan bebrapa tahun dahulu, hujan turun ketika khutbah dibacakan.

Awan yang berkepul-kepul petanda hendak hujan......doa makbul 2009

Hujan di Araafah sebelum tiba waktu wukuf... membuat aku rasa mengantuk.....



Di  beberapa musim haji yang lepas saya merasai hujan dan pada waktu umrah di bulan march tahun  ini saya meranduk air di keliling kaaba ketika tawaf. Berkesempatan menyaksikan hujan turun dengan lebat. Imam terpaksa memendekkan bacaan ketika rakaat kedua solat isyak. Sebaik sahaja selesai solat jemaah bertebaran lari dan ada teruskan juga dengan tawaf, mengucup hajraswad , solat di hijir ismail dan ada yang mandi air di pancuran emas di dalam hijir ismail. Ada jemaah minum air dari pancuran emas itu...kalau tidak silap saya banyak tahi burung merpati di atas sana. Bertanya pada orang yang telah meminumnya.. beliau kata rasanya masin sedikit. Aku hanya mampu senyum......


Gamabar di ambil sebaik sahaja salam.... bertebaran lari... ada yang terus tawaf...ada yang mandi
                                                  
Disebabkan mereka berebut hendak mandi di bawah pancuran emas... Hijir Ismail ditutup.. Pekerja kebersihan ambil kesempatan mandi....

Banjir 1941 . Sah tawaf dengan perahu... 3 yang awal kayuh laju sikit ye


Kalau bawa anak-anak ni.. pasti suka..

Sewaktu musim haji 2009 saya diamanahkan untuk menjaga pakej tabung haji. Syukur atas nikmat yang diberi setimpal dengan tugasan yang diterima. beberapa hari saya di arahkan oleh pengurus maktab untuk meninjau kawasan arafah, bagi mengenal pasti khemah klinik dan memeriksa infrastruktur. Saya berasa amat teruja dengan kemudahan yang disediakan berupa tilam, permaidani tebal, penghawa dingin dan kawasan sekitar lebih kemas teratur dan lapang.


Mesti tak sakit badan kalau tidur... silap-silap terlepas tahajjud

Kawasan Perkhemahan yang teratur bersih dan nyaman.......sebelum hujan..


 Saya rakam untuk ditunjuk pada teman seangkatan akan kelebihan petugas yang menjaga dan berwukuf bersama pakej. Keadaan jauh berbeza berbanding tempat saya bertugas di tahun sebelum ini. Pada hari tarwiyah ..8 dzulhijjah..hujan telah turun dengan lebatnya. Air mengalir deras di Arafah sehingga menghanyutka kereta dan beberapa duyufurahaman negara lain telah didapati mati lemas. Saya terima panggilan talipon dari sahabat petugas yang telah dihantar di awal pagi untuk menyambut  jemaah. Mereka memberitahu bahawa khemah basah, karpet dan tilam basah dan sumber tenaga elektrk diputuskan kerana kabel di bawah  tanah (di bawah khemah) telah basah... nyamuk berkeliaran, mereka lapar dan tidak dapat menikmati kopi atau teh panas di waktu hujan... MasyaAllah segala nikmat diambil sekelip mata... mudah saja.. Mulanya berangan-angan dengan kemudahan .. akhirnya tidak menjadi kenyataan. Sahabat saling ingat mengingati... kesabaran sewaktu hendak berwukuf ini akan dibalas dengan pahala yang besar... bayangkan nikmat tadi kalau dirasai hanya kelebihan yang amat sedikit di dunia ini berbanding dengan ganjaran pahala atas kesabaran... hebat sahabat yang mengingati kami itu..Itulah kelebihan kalau menunaikan haji dengan orang-orang alim lagi wara'.

Jika hendak menunaikan haji pastikan siapa teman, rakan dan sahabat kita...perokok akan mencari perokok, yang malas ke masjid akan cari yang malas ke masjid, yang suka membeli belah akan mencari saingannya, yang kaki tawaf dan umrah akan berusaha mengajak yang lain. Kalau tidak mengikut, jadilah ikutan yang baik.

Rokok adalah haram.... Dulu ada polis yang menegah pada mula-mula Mekah dan Medina diisytihar bandar bebas rokok... akhir-akhir ini,  bebas merokok. ( gambar duyufurahman dengan rokoknya). Ada jemaah Malaysia bawa stok rokok untuk 45 hari...

iklan bahaya rokok


Jubah yang ekslusif... kain yang digunakan tidak panas di bawah terik mentari.....ahli syurga akan pakai pakaian yang hebat-hebat di syurga kelak.


Syurga minyak wangi....pilihan hebat...Garam Arteri, Sultan brunei, Ameerah , Ameerah gaharu, Nuha, Seribu bunga, Mukhallat Kaabah, hajar aswad, Raudah.....berbagai lagi. Terlalu memilih jadi pening dan hidung tersumbat dan keliru.... Neutralkan dengan bau kopi




 Walaubagaimanapun dengan kesempitan di malam 9 dzulhijjah kami tetap pergi bersama dengan pesakit-pesakit berisiko tinggi. Pesakit berisiko tinggi ini dikenalpasti oleh Dokoir maktab dan mereka akan bergerak bersama dan  rombongan kami adalah yang terakhir sampai  di Arafah dan pertama keluar dari Muzdalifah ke Mina..Ini bertujuan untuk mengelakan masalah kesihatan timbul sewaktu pergerakan. Kami di uji kembali dengan .... bas kami sesat di kawasan perkemahamn Afrika... MasyaAllah, semua penumpang dalam bas termasuk petugas sudah mula naik angin, terlupa sedang berihram, yang sakit lupa pada sakit, yang sibuk berzikir mula tukar siaran, yang tertidur terjaga, maklumlah berputar-putar di kawasan yang di diami oleh  bangsa lain. Ada insiden pemandu bas terus tinggalkan bas dan cabut lari dan tak kembali maka berwukuflah di luar negara sendiri. ( Kawasan Afrika , bukan kawasan Asia).


Kawasan perkhemahan Arafah Asia tenggara..

Ada satu khemah di Arafah di dalamnya ada pokok... boleh terlupa dan mematah-matahkan dahannya tanpa di sedari......Kena Dam wooooo


 Saya perhatikan  gelagat pesakit yang sedang sakit hati....Akhirnya pemandu bas tadi berjaya kembali ke pangkal jalan dan kami berjaya sampai ke kawasan perkhemahan kami. Di hadapan kelihatan seorang  pesakit  saya bangun mengucapkan terimakasih pada pemandu dan memberi sedeqah kepada pemandu tersebut. Pemandu tadi yang kelihatan cemas mulanya sudah tersenyum lebar.

Bas bawa pesakit berisiko tinggi.... sesat pula...mereka dah geram tu..
Saya hanya memerhatikan tingkah laku mereka berdua. Pesakit tersebut menyedari saya dan lantas dia memberitahu saya dengan kata-kata hikmat, " Orang sakit kena selalu sedeqah...agar cepat sembuh...". Hebat sungguh pemahaman pesakit tersebut. Kekadang pesakit memberi kita pengajaran dan peringatan dalam keadaan kita leka dengan nikmat. Sama-sama doa agar kita tidak lekang dari peringatan.


Bila datang ke tanah suci.. tak perlu bawa pakaian lebih... sekadar keperluan... basuh baju pun cepat kering........haji ifrad... tak perlu bawa baju banyak.


Selalu terkenang minuman sebegini..................lazizzzzzzzzzzzzz



Ya Allah..mudahkanlah urusan ku...............................


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete