Thursday, December 8, 2011

Baba... ini giliran kami

Asalamualaikum


Anak-anak tidak akan mengenal penat. Keriangan mereka menghilang penatku bermusafir. Mission dahulu aku sambung dengan caesarean hysterectomy sebaik sahaja sampai.... tapi kali ini terpaksa sambung bermusafir ke Kuantan kerana urusan pembelajaran anak no 2. Sampai rumah jam330pagi, mereka leka dengan hadiah, mereka tidak mengantuk langsung.

Di Sebelah pagi, ziarah ABAH di kediaman  kekalnya di tanah perkuburan Sg.Merab Luar Bangi bersama umi, kemudian ke workshop membaiki aircond kereta dan sebelah petang terus ke Kuantan...rasa letih bermula bila lihat mereka semua lelap dalam kereta.


tak letih ke......non stop playing..baterry still full.. tak pernah recharge ke




Laut cina selatan.... bukan laut merah

Sekembali dari Mekkah kita lahirkan satu semangat baru, Semangat pesan memesan. Semoga diri yang memesan itu berhati-hati bukan sekadar memesan sahaja. Berdosa kalau cakap tak serupa bikin (bahaya ni) .
Kita sama-sama pesan pada anak-anak kita Pesanan Lukmanul Hakim Kepada Anaknya ( Kita semua pernah jadi anak juga dan kita  cuba ikut agar anak akan ikut kita) 

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:

“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13

Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan. Kita sama-sama nasihat insan bergelar anak. Kini hidupkan budaya tegur menegur anak sahabat ,jiran tetangga ........

1. Wahai Anakku yang ku sayangi…

BABA...Kenapa air laut masin ... tidak manis


Pesanan #1: “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”

2. Wahai anakku yang ku sayangi…

Temuduga.......Soalan tingkatan 1

 
Pesanan #2: “Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.”
3. Wahai anakku yang ku sayangi…
O&G nite

Pesanan #3: “Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”


4. Wahai anakku yang ku sayangi…

ALLAH yarhamhu

Pesanan #4: “Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.”


5. Wahai anakku yang ku sayangi…

euro.....


Pesanan #5: “Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”


6. Wahai anakku yang ku sayangi…

6kg ....berat wooo pikul 3km


Pesanan #6: “Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.”


7. Wahai anakku yang ku sayangi…

warna warni bangsa


Pesanan #7: “Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”

8. Wahai anakku yang ku sayangi…

Kaabah atau clock tower yang hebat?


Pesanan #8: “Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.”


9. Wahai anakku yang ku sayangi…


Pesanan #9: “Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”

 10. Wahai anakku yang ku sayangi…
Burung merpati selalu jenguk aku kat tingkap klinik....


Pesanan #10: “Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”

 11. Wahai anakku yang ku sayangi…
Kenapa kita tak datang masa baba  mama kahwin ye ????

 Pesanan #11: “Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”


 12. Wahai anakku yang ku sayangi…

dari kecik sampai besar....coco crunch.. tak jemu ke



Pesanan #12: “Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”

 13. Wahai anakku yang ku sayangi…

Mama ..kenapa kat rumah tak boleh main pasir... tapi kat sini boleh lak


 Pesanan #13: “Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”

 14. Wahai anakku yang ku sayangi…

tak boleh habis ni... boleh bawa balik ka sambung pagi esok..

Pesanan #14: “Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”

 15. Wahai anakku yang ku sayangi…
Yang best hari ucapan ni.... naik atas pentas je..

 Pesanan #15: “Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”

 16. Wahai anakku yang ku sayangi…

Pagi sekolah, petang sekolah....malam tak sekolah ke...?


Pesanan #16: “Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”


 17. Wahai anakku yang ku sayangi…


Mama ..kenapa kita ada gigi
Pesanan #17: “Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”


18. Wahai anakku yang ku sayangi…

ikan di Mekah ni tak ada yang kecil...tak boleh makan seorang

Pesanan #18: “Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”


 19. Wahai anakku yang ku sayangi…

sit down and eat.... dont play with you food

Pesanan #19: “Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”


20. Wahai anakku yang ku sayangi…

Chocoholic

Pesanan #20: “Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”


 21. Wahai anakku yang ku sayangi…

Tolong pegang atuk Poom
Pesanan #21: “Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”


Duit raya terakhir dari atuk


Pesanan #22: “Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.”


follow the leader


  
Pesanan #23: “Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”


Buka puasa dengan imam...imam beri kuih lebih


Pesanan #24: “Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”





Sewaktu di mekah jangan lepaskan peluang meninjau kedai buku yang berhampiran. Boleh pos buku-buku yang hebat, letakkan dicelah sejadah, jubah, kain ihram dalam kotak pos. Kulit tebal boleh buat penebat apad bahan- bahan yang fragile. Saya letak baklava di tengah buku-buku. Alhamdulillah baklava tak hancur. Ada satu buku sirah yang disusun oleh sheikh Saifurahman Mubarakfuri. Buku itu hebat dan beliau telah memenangi hadiah pertama buku sirah yang terbaik. Baca dan suruh anak baca. Susunan buku dengan edisi baru lebih menarik. Hafal perjalanan sirah agar kita rasa seolah-olah Nabi Muhammad hidup bersama kita...
Anak perempuan .... tak ada masalah... dia ini selalu lapar buku. Kena beli buku tebal, kalau yang nipis tu beli pagi , petang dah habis........rasa macam nak pulangkan balik .
Edisi dulu... saiz poke praktikal dibawa kemana-mana...



Susah baba nak suruh kamu baca buku cuti sekolah ini... kalau mainan di atas... sanggup buat denagan tekun dari lepas isyak sampai subuh... tak pulak kamu mengantuk... Ubat tidur kamu buku agaknya


Permintaan kamu susah baba nak mengelak.....selalu menang.

Endoskopi Schule , Kiel German

Saya bapak budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.
Maaf kalau tersilap fakta
Pengalaman sikit hendak dikongsi bersama

No comments:

Post a Comment