4 disember
Asalamualaikum
Akhirnya…… wida‘
Sekarang saya sedang menulis di dalm perut kapal terbang SV5702 kembali ke tanahair. Flashback apa yang berlaku 24jam yang lepas, sungguh manis.
Di awal pagi semalam saya rasa sangat gembira atas info mengatakan saya pulang pada awal pagi 4hb. Confirm…! Walaubagaimanapun saya tidak melepaskan peluang ziarah.Ustaz berpesan…banyak ziarah boleh mengilap iman tapi kalau selalu ziarah kedai beli belah boleh mengilap kad kredit. Sengaja saya tidak masukkan dalam diari semalam kerana dikuatiri “delay/ cancel’ .
Gambar di ambil kabur kerana takut di marahi polis yang menjaga. Ziarah rasullulah mesti jadi agenda pertama sebaik sahaja menjejakan kaki di bumi Medina
Gambar di ambil kabur kerana takut di marahi polis yang menjaga. Ziarah rasullulah mesti jadi agenda pertama sebaik sahaja menjejakan kaki di bumi Medina
lingkungan 70 tahun yang ketinggalan bas. Beliau kelihatan resah, risau, confuse, no direction menegur saya bertanya macamana mahu pulang. Saya cuba mencari basnya,tapi tidak kelihatan. Saya cuba mencari teksi, pun tiada yang lalu. Akhirnya saya meminta izin dari kawan-kawan untuk membawa pakcik pulang bersama, dan jika terdapat teksi saya akan uruskan. Beliau mempunyai sedikit wang sahaja. Takut juga kalau ditipu pemandu teksi. Saya yakin tidak…ini Medina.
Kalau sesat... suruh sahaja pemandu teksi hantar balik ke Masjid AnNabawi.
Terdapat suara yang kurang selesa, lantas saya betulkan dengan nada Indo… ‘ nanti kalu kita tua, kita bisa sesat begini, nanti ada anak muda yang peduli atau kapan kita tua , kita sesat tiada yang peduli…“. Ramai juga yang simpati. Di masjid Quba, kami dapatkan teksi dan mengarahkan pemandu membawa pakcik ke masjid Nabawi. Di situ saya yakin beliau akan jumpa punca untuk pulang ke hotel.
Sebelum Nabi Muhamad berhijrah beliau bermimpi tempat yang banyak pohon tamar (Medina)
Sebelum Nabi Muhamad berhijrah beliau bermimpi tempat yang banyak pohon tamar (Medina)
Dalam perjalanan pulang ke hotel saya dikejutkan dengan berita… kepulangan saya ditangguhkan..hu hu hu dan waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah. Untuk diberi laluan pada seorang petugas (tidak jelas alasannya.. ? pembedahan perlu dilakukan segera). Saya tiada pilihan dan tidak bercadang untuk ”argue”, hanya senyap dan maklumkan pada keluarga. Hidup bekerja dalam misi sebegini perlu akur pada arahan. Saya dapat menghidu sms yang dibalas balik adalah dingin.. What to do… Kawan-kawan yang hebat memberi kata-kata motivasi dan kata perangsang...."ada hikmah tu, bersabar". (teman yang baik teman yang selalu memberi pesan, motivate, komen). Di sebelah petang kami petugas diberi kelonggaran untuk melakukan aturcara bebas. Tiada nak dibeli, tiada apa nak dibuat melaikan aktiviti di masjid. Beberapa panggilan talipon diterima memberitahu tarikh dan waktu pulang yang baru. KT berubah ke KT lain..tidak ada satu yang confirm. Akur saja, tiada pilihan lain. Akhirnya saya cuba menyibukkan diri dengan masjid dan memujuk diri… mungkin ada hikmahnya.
Waktu Maghrib saya makan di cafeteria yang agak lengang. Kebanyakan Jemaah makan selepas isyak… saya tak tahan ….gastritis akhir-akhir ni( STRESS KOT).. Tiba-tiba terima panggilan talipon lagi… tersirap darah..delay lagi ka…Oh tidak.. Good news Dr Faiz, kamu dapat seat kamu balik..pulang pada waktu asal. Saya hampir tidak percaya…tiba-tiba ada Jemaah meninggal ke.. atau ada orang minta tunda tarikh atau jemaah minta tangguh pasal period tak stop lagi ka. Terdetik… selagi aku tidak masuk perut kapal berita ini tidak confirm. Selesai isyak saya dengan best friend Dr Khairul membuat sedikit lontaran duit yang ada ke kedai berhampiran masjid Annbawi.
Payung tertutup di waktu malam ... payaung yang sama akan dibina dikeliling kaabah
SAH… satu lagi panggilan diterima, penerbangan tangguh lagi…Ya Allah tangguh lagi.. he he he. Tapi hanyalah 2-3 jam sahaja dari tarikh dan waktu asal. Syukur…. Panjang. Teringat pada pakcik Indonesia tadi…. Ada ungkapan motivasi " What you give you will get it back. Syukur… kekadang “ get it back ” tu akan menguji kita…. agaknya jika saya hantar terus dia ke bilik hotel... mungkin saya dapat Flight yang lagi awal .

Sedang asyik menaip dan kebanyakan jemaah terlena keletihan dalam perut kapal saudi ini. Satu panggilan cemas dari Peramugari arab…. Buat gempak sahaja… rupanya flight attendant tengah sakit kerana lymphadenitis. Saya memberi sedikit nasihat dan pil penahan sakit Fevadol (PANADOL ARAB). Walaupun mereka nampak lawa, handsome cantik, slim, bergaya ranggi ..tak dapat lari dari sakit di mana jua..dan aku pun tak boleh lari dari pesakit, mesti orang dapat cari ....he he he. Doa... Ya Allah jadikanlah kami petugas haji ini mudah, ringan, sehat tubuh badan dapat membantu tetamu Ya Allah( Doa popular dikalangan petugas Perubatan)
Beberapa minit kemudian dengan tidak semene-mene aku bangun menegur 3 orang Haji berborak dengan kuat dan gelak sehingga mengganggu Jemaah yang sedang tidur.mereka bersurai. Uniform memain peranan penting…he he he he. La .. Aku tak tahu yang aku tegur itu seorang datuk. Tak mengapa Haji tidak mengenal pangkat.
Uniform rasmi.... sahabat rendam baju putih dengan baju merah dapat baju puteri umno.

Lari dari tajuk sikit.. semalam saya berpeluang belajar beberapa perkara baru dalam perubatan tradisional dikalangan bangsa arab, mungkin telah wujud di zaman jahiliyah dan berkemungkinan sahabat-sahabat mengamalkannya.. Wallhu alamu. (ubat-ubat Obstetrics & GynaecologY). Suka nak berkongsi...
Ubat yang digunakan untuk melawaskan proses bersalin.” Slusuhul Maryam”. Saya ada uploadkan dulu tapi yang ini agak besar( untuk kelahiran macrosomic baby agaknya, untuk ibu mengandung ada kencing manis), air rendaman diminum. Saya ditanya kenapa saya tidak guna, alasan saya ialah ubat ini tiada standard recomended dose, takut overdose, takut dapat kesan sampingan dan antidotnya tidak diketahui. Dulu saya tidak bersetuju dengan ubat yang digunakan oleh pesakit saya dalam wad bersalin yang kebetulan beliau adalah agen ubat selusuh tersebut. Saya menerima surat panas dari pengarah agen yang mengatakan saya jumud. Saya tidak jawab surat itu.Tup-tup beliau meninggal dunia... satu kebetulan, saya tidak buat apa-apa. Sebaiknya kita buat kajian secara saintifik....multicentre dan ramdomized. Mana-mana kawan nak buat kita bincang kat office saya ...jom.
Yang di atas ini digunakan untuk pesakit yang sukar mendapat anak. Kurang jelas cara penggunaannya.. menurut kata penjual.. tumbuk dan campur denga Halib(susu) dan minum… selama mana tidak diketahui…Suami isteri kena minum. Infertiliti … kekadang susah merawat.. semua test normal. Tak tahu sebab apa. 20% unexplained.Tiada pilihan, bolehlah mencuba. Yang penting ikhtiyar dan tawakkal.
Unable to upload pic............................tryingggggggggggggg
Buat zuriat....buah tasbih.. Jadi Zuriat yang bertasbih agaknya....
Tak sanggup nak bawa balik yang di atas ni.. sahabat ada yang bawa balik hidup-hidup... apa muslihat dia ye... rahsia
Bersama sahabat hebat.. Pakar bencana dan kebecatan Putrajaya.
Saya tidak bercita-cita menjadikan blog ini blog ubat tradisional, hanya sekadar berkongsi.. di celah-celah perubatan allopathy terselit alternative medicine yang masih belum diuji sepenuhnya dan satu masa kelak ia akan menjadi allopathy.
Kita lari seketika .. masuk ke alam batu-batu. Saya suka memerhati kawan-kawan yang meminati batu-batu. Mereka seolah-olah terpukau dengan batu-batu tersebutBoleh tahan lama dalam kedai batu. Saya agaknya ada pendinding ..hati batu agaknya. Menjadi pilihan mereka ialah batu zamrud, batu aked ( Nabi pakai batu ini .. walalhualam) batu topaz, batu ruby, batu bulan. Kadang-kadang saya perhatikan jari-jari mereka yang pakai… Nampak hebat dan tak tahu apa khasiatnya . Walaupun sudah tua nampak hebat dengan 8 cincin dijari. Bagi saya payah nak ketandas ....Saya teringin dan mencuba memakai cincin batu zamrud yang mahal …saya minta untuk mencuba pada arab yang menjual, beliau lihat jari saya dan dia seolah-olah memikir sesuatu..? kemudian dia pilih dan saya disarungkan sebuah cincin bertatahkan batu zamrud berharga 1000SR. Apa yang jadi, saya dan tuan kedai menghadapi masalah mengeluarkan cincin tersebut. Dia mengutuk saya dalam bahasa arab. Jari saya tak baguslah, otot jari peliklah, tulang bengkaklah. Akhirnya berjaya dikeluarkan dengan pencuci tingkap kaca.Terasa sakit juga bila dikeluarkan dengan berbagai maneuver cuma dia tak potongje .
Topaz, zamrud & Fayrooz....
Zamrud 1000SR..... original ke? Pastikan anda bawa pakar cincin sebelum beli... takut ditipu
Koleksi untuk dipakai setiap hari selama sebulan..... ikut mood hari tu
Terus arab tersebut simpan cincin tersebut. Menyesal betul agaknya. Walaupun jari ini tidak sesuai memakai cincin tadi, tapi jari inilah yang Allah berikan kepadaku untuk mencari rezeki hingg ke sini. Aku memang tak sesuai pakai cincin. Tapi aku masih belum paham kenapa orang letak cincin pada ibu jari ( tersilap beli saiz agaknya).
Saya tidak nampak apa kelebihan batu cincin ini.... Tahi lalat di atas batu. Ini membuat orang terpukau agaknya...
Ambar dan Ajwa.... bukan batu cincin.....
Kami bersurai untuk aktiviti di Raudah. Saya akhiri dengan wida bersama Rasullullah dan kedua sahabatnya yang agung.
Perkuburan Baqie....Ya ahli diar, mukminin wal muslimun inni lahaikun.........Pandangan dari hospital Tabung Haji Allauddin
Saya akan datang ziarah lagi pada tahun hadapan.
Perjalanan operasi musim haji 1432H diMecca Medina amat bermakna kali ini, penuh dengan warna-warni …
Di airport Medina...10 pagi ..suhu 12C... sejuk dengan angin bertiup...Nabi dan Sahabat juga kesejukan dulu.
MH lagi hebat berbanding SV... tak penting janji boleh balik dan sampai dengan selamat. Subhannallazi Sakharalana haza wamakunna lahu mukrinin wainnalila rabbina lmun qalibunn... Berdoa dalam musfaer adalah mustajab... Naik kapal terbang kagi mustajab pasal dekat sikit...he heh heh heh
Aku lalui dengan semangat yang hebat dijanakan oleh semua orang termasuk ibu-ayah (arwah)ku, isteriku, anak-anakku, teman petugas haji, teman facebook, Jemaah haji. Aku doakan kamu di atas awan ini (Dalam perut kapalterbang) kalian semua sentiasa di pelihara Allah dan tetap menjadi teman-teman aku hingga disyurga kelak. Mohon maaf atas kekurangan. YA ALLAH , Jemputlah kami lagi ke sini di multazamu
wukuf di arafah…………….HAZA MIN FADHLI RABBIK

HAJJAN MABRURAN< ZAMBAN MAGHFURA<SYA'YAN MASYKURA< AMALAN SOLEHA MAKBULA< WATIJARAN LAN TABOOOOR
Waiting for the call…….(next call)
No comments:
Post a Comment