Asalamualaikum
Hampir terlupa hendak mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1433H, agar tahun ini lebih hebat dan lebih produktif amalan dunia dan akhirat.
Saya kurang jelas di dalam mimpi... agaknya kena tidur dengan cermin mata
Teringat kesah seorang penjahat yang membunuh ramai orang sehingga 99 orang kesemuanya. Tetapi dalam benak hatinya ada cetusan hendak berubah, berhijrah. Dia bertanya dengan seorang ustaz di zamannya , masih adakah ruang untuk bertaubat. Kata ustaz tersebut tiada ruang bagi mu, maka dia melengkapkan 100 orang mangsa kesemuanya iaitu dengan membunuh ustaz tersebut. Akhirnya ia berjumpa dengan ustaz lain dan dia berhijrah di tempat dimana ramai orang yang baik-baik sebagaimana yan g dicadangkan oleh ustaz ke dua. Dalam perjalan berhijrah itu maka diukur jarak kawasan tempat hijrah dengan kawasan asalnnya. Tentulah jarak ke tempat baru itu lebih dekat maka di tempatkan oleh Allah SWT di Syurga.
Sudah beberapa hari berada di Malaysia, masih ternampak-nampak bayangan kaabah. Dengar orang-orang tawaf berdoa dengan berbagai rentak. Kekadang doa kita terganggu dengan bacaan doa mereka yang dibaca dengan kuat. Terkebetulan juga doa yang dibaca sama dengan doa mereka. tapi ada tambahan bahasa urdu, Tuki dan sesekali dengar doa dalam bahasa mandarin lak... masyaAllah. Alunan dzikir berbagi rentak. Afrika dengan rentaknya sendiri... Subhanallah. Menghampiri rukun hajar aswad... traffic jem. Orang-orang berebut di multazam dan hajar aswad mencuri pandangan....orang masih berebut sampai sekarang. tahun 1990 dahulu, cara rebutan, rempuhan, himpitan,teknik kepungan dan teknih terus meluru masuk, potong barisan dan asakan sama sahaja jika dibandingkan dengan sekarang. Agaknya kerajaan Arab Saudi masih belum dapat mengatasinya walaupun sudah berjaya membina menara jam yang tertinggi di dunia. Polis yang menjaga hanya mampu melihat sahaja.. sudah letih .
Ternampak juga muka sahabat-sahabat yang sudah kembali ke destinasi asal dan dipenuhi dengan program samaada di rumah, kampung atau di tempat kerja.
Jabal Rahmah... nabi tak suruh kita tulis nama atas tiang di jabal rahmah.. ada juga orang afrika/pakistan disitu siap beri pen marker dan kenakan caj untuk tulis nama .. |
Perasaan tidak mahu pergi lagi ke sana ( tanah suci) tidak akan wujud di hati walaupaun sibuk bekerja di sana berurusan dengan berbagai karenah dan musykilah, Pesakit ramai, pesakit tak makan ubat, pesakit tak dengar cakap, pesakit mati depan mata, pesakit marah kita, Jemaah ambil tempat balik ke Malaysia, Jemaah hilang kena cari dan bilik sempit, aircond kotor, dapat sakit, busuk, banyak sampah dan berbagai keluhan, beratur di bilik air, namun tetap rindu dengan bumi suci itu. masyaAllah, doa nabi memang makbul. Di campakkan Allah perasaan hendak ke sana lagi….Masya Allah. Bila jemaah mula mengeji dengan suasana di sana, menjadi tugas bagi yang mengetahui menyedarkan jemaah atas segala nikmat yang di dapati, dikurniakan Allah tidak akan dapat dibalas dan semua rintangan tersebut adalah satu wasilah untuk memastikan kemabruran.
Selalunya yang baik tidak kita sebut-sebut, yang selalu disebut yang tak baik. Yang baik sebenarnya lebih banyak dari yang tak baik . Tak semestinya setitik nila boleh merosakan susu setempayan.... Seorang pelangan di hospital menulis komentar atas perkhidmatan yang diberi di dewan bersalin. berulang-ulang kali dia menyuruh saya membaca , berulang-ulang kali dia menyatakan bahawa ketidakpuasan hatinya telah ditulis secara rasmi untuk perhatian. Kekadang terasa geram juga dengan rengetan yang tak berasas seperti itu. Saya bertanya beliau dengan satu soalan cepu emas. Soalan berbunyi begini.."terima kasih atas komentar anda tempohari, sahaja saya hendak bertanya, Saya rasa kamu boleh nampak kebaikan yang ada di hospital ini dan boleh tak tuan senaraikan segalanya, kalau tidak jelas saya boleh bantu... adakah appointment yang saya beri dengan cara potong laluan orang lain itu tak baik, saya beri kaunselling percuma dengan talian talipon, di mana kamu talipon tak kira masa termasuk waktu saya main tennis, anda boleh datang terus jumpa saya di bilik saya, rawatan percuma di hospital ini, saya arahkan doktor perempuan muslim merawat dan memeriksa isteri tuan, kami mudahkan segala urusan masuk dan "one to one care" semasa di labourroom, pemerhatian dan layanan istimewa dari jururawat yang menjaga kerana kamu membawa tag nama " kawan Boss" atau Saudara Boss.
Agaknya kalau kamu timbang, berat yang mana satu. Saya tiada jawapan dan tak perlu jawab sekarang. Di akhirat kelak pun ada timbangan dan saya percaya kekurangan itu bukannya berat sangat. Teknik sengatan balik ini sesuai digunakan setelah mengkaji kualiti aduan dan digunakan untuk tujuan memberi kesedaran. Teknik ini adalah senjata boss. Staff dibawah jagaan tak sesuai guna ... nanti boss tak ada senjata nak guna. Tidak dinafikan aduan yang sangat berkualiti, berasas dan bernas perlu di balas dengan hadiah.
Dalam suasana bekerja di sini teringat saya cerita bekas pesakit saya sewaktu bekerja di klinik. Sebenarnya saya tertidur dan pesakit tersebut mengerakkan saya. Selalunya jika tiada pesakit saya senang terlena. Makan banyak agaknya atau kebosanan atau bacaan yang menidurkan atau kekurangan tidur disebabakan oncall. Beliau datang ke klinik kerana mahu memeriksa tekanan darah sahaja. Sebenarnya pesakit tersebut telah lama terlantar di ICU di Malaysia kerana koma, kurang pasti apakah sebabnya , mungkin stroke.. Semasa dalam keadaan tidak sedarkan diri itu dia merasai seolah-olah berada dalam bilik gelap dan pintu terbuka dan terdapat satu cahaya diluar.
Tekanan Bp saya...Tahun ini bertugas menggunaka automated BP lebih mudah... dahulu saya sakit telinga... bayangkan 100-150 oarang perlu diperiksa tekanan darah...melecet dalam lubang telinga..
Kedengaran panggilan suara memanggil dan memberikan semangat untuk bangun, seolah-olah jeritan kembalilah, kembalilah, kembalilah diungkapakan tanpa henti. Di samping itu ternampak samar-samar bayangan 2 orang yang dia kurang pasti siapakah mereka memanggil-manggil. Akhirnya dia sedar dari koma dan dipendekkan cerita, dia sehat dan dapat kembali bekerja seperti biasa. Dia cuba mengingatkan apakah bunyi itu dan siapakah 2 orang yang sentiasa memanggil beliau dalam mimpi. Puas juga dia cuba mengingatkan. Akhirnya dia teringat 2 orang tersebut ialah 2 orang anak beranak, ibu dan anak yang pernah meminta sedeqah sewaktu beliau mundar-mandir mencari kerja di Kuala lumpur lebih kurang 40 tahun dahulu di mana dia membawa RM 7 sahaja dari kampung untuk menguji nasib di kota. Kesemua RM7 diberi pada ibu dan anak yang kelaparan. Dia berjaya dalam karier dan melupai kedua mereka sehinggalah mimpi tersebut muncul. Agaknya cahaya yang cerah itu ialah Al-Quran yang sentiasa beliau baca walaupun sedikit setiap hari.. Masya Allah…kekadang aku terlupa baca… samada aku sibuk atau aku tak pandai membahagi masa. What you give.. you will get back.
Ramai pesakit di Mekah cuba memberhentikan ubat-ubat mereka dengan tanggapan di Mekah Penyakit akan hilang dan minum air zam-zam akan menyembuhkan. Pandangan saya, tanggapan begini tersasar. Berulang-ulang kali saya merawat pesakit yang sengaja memberhentikan ubat mereka.. Satu lagi tuduhan ialah daging kambing menaikkan darah mereka tetapi setelah diusul periksa, rupanya darah anaik disebabkan oleh sengaja tak makan ubat…
Kambing ini masih lagi muda hendak disembelihkan… masyaAllah lembut dagingnya dan sedap dimakan dengan nasi mandi. Tahukah anda cerita sirah... siapa makan daging kambing terbatal wudu'.....sirah rasullulah pun ada yang lucu juga.. Hiburan buat sahabat.. tahukah anda...
Arab senang je tak payah pakai pinggan .. pakai plastic sahaja.. kekadang dilambak atas meja sahaja.. senang nak urus lepas makan terutama bila mata dah berat…
Nasi mandi yang susah nak berhenti.........Sewaktu bertugas 2008..
Terkenang lagi.......
No comments:
Post a Comment