Wednesday, December 21, 2011

Terkenang........3

Asalamualaikum

Ya.. masih terkenang 
Tergambar kaabah tetapi kurang jelas warnanya...


Sebulan sebelum wukuf,  keadaan rasa amat tenang selesa tidak terkejar-kejar, bangun di awal pagi dalam satu jam sebelum azan solat subuh. Bergerak dari hotel yang jarakanya llingkungan 1 km. Sesampai di masjid , lantas menunaikan tawaf. dalam pusingan ke 5 kelihatan muslimin sudah membuat saf pertama , kedua dan ketiga...berebut-rebut menyertai mereka terutama berhadapan dengan hajar aswad dan multazam. sedikit demi sedikit jemaah di dalam hijr Ismail di arah mengosongkan kawasan tersebut.Kekadang terdengar suara polis yag menjaga menjerit memberi arahan bagi mereka yang tidak peduli. Kawasan berhampiran Kaabah dibersihkan dan dinding kaabah disapu minyak wangi. Dengan panduan jam besar dapatlah, mengatur langkah. Yang paling dicari, sebaik sahaja selesai tawaf berhenti di multazam membaca doa dan menyertai saf pertama. Dihimpit, ditolak dan tempat strategik diambil orang adalah perkara biasa.
Multazam....Allahumma.......(Kena baca doa yang dikirim di sini)
Tengah khusyuk baca doa sambil mennitis air mata(aku tak la sesensitif ini melainkan di multazam).. baca doa yang ada dalam buku doa, sewaktu berdoa di barisan ayat doa yang penting, kena tolak , terkeluar dari kawasan multazam,... geram rasanya.. tengah online, terputus pula.

Saya rasa amat kesian pada jemaah wanita yang menyelit di antara jemaah lelaki yang di halau keluar barisan. Selalunya mereka bersama suami masing-masing. Memang betul sepatutnya mereka kembali ke kawasan yang ditempatkan jemaah wanita. Tetapi setengahnya tidak mengerti dan berdegil. Sikap polis yang menjaga kasar dengan jemaah wanita yang degil ada patutnya. Kekadang mereka berkeras tidak mahu menganjak. Sebenarnya ada kawasan wanita yang setentang dengan multazam, tetapi telah di monopoli oleh jemaah turki. Jarang kelihatan jemaah wanita dari Malaysia duduk di kawasan tersebut . Rebutlah peluang, cari lah tempat  dan waktu mustajab berdoa. Hebat sungguh kerja haji.
Kawasan wanita yang berhadapan dengan multazam. perhatikan bungkah marmar putih itu., boleh dijadikan meeting point dengan isteri jika terpisah / setelah selesai solat. Kelihatan wanita berkaca mata hitam menutup dahi adalah Azah dan disebelah kirinya kawasan wanita turki dimana mereka selalu beriktikaf/ solat.  

Alhamdullillah, berkesempatan sama-sama menguruskan majlis perkahwinan adik ipar yang bongsu di Permatang Sintok Penaga Pulau Pinang. Majlis yang penuh warna warni  dan di hadiri oleh ramai  saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Pendek kata perhimpunan keluarga secara besar-besaran pada 17 December 2011
Dr Sayuthi dan Norsyazwani. BARAKALLAHULAKUMA FI KHAIR..
 Cuti 4 hari . Saya pun begitu dahulu...tak mengapa.




Sudah menjadi tradisi majlis diserikan dengan celoteh DJ  majlis perkahwinan. Berbagai cara dipersembahkan diselang seli dengan dendangan lagu citarasa dewasa kini. Tanpa mereka mungkin suasana agak hambar dan kurang meriah dengan low mode, low tone dan  tidak ceria. DJ memainkan peranan yang amat penting selaku wakil tuan rumah, mengalu-alukan tetamu, memperkenalkan kedua-dua mempelai, mengucap terimakasih atas kehadiran dan memohon maaf atas serba kekurangan. Perkara–perkara penting seperti waktu solat zohor, Asar perlu ingatkan, masjid yang berhampiran, memperbanyakan doa-doa kepada pengantin dan tidak berlebih-lebih dalam berhibur seperti joget (ada golongan yang  cuba menghidupkan semula).



Seorang DJ yang buta di satu majlis perkahwinan berhampiran , bijak bermain kata-kata memukau tetamu undangan.....

Perarakan dengan beca antik (1941) berhias.


 Yang menjadi kurang menarik di majlis kami ialah pilihan lagu yang berkumandang, versi lagu lama sentimental dan kebanyakan lagu pilihannya tidak menyenangkan kami adik beradik. Sepatutnya didendangkan dengan lagu utama Maheer zain “Barakallahulakuma”atau nasyid kontemporari. Berkali-kali ditegur tetapi tidak diendahkan. Beliau berkeras bahawa pilihan lagunya adalah pilihan majoriti, masyarakat  kampong yang terdiri dari golongan tua. Untuk menyedapkan hati kami beliau memasang satu lagu nasyid kotemporari dan kembali disusuli dengan lagu-lagu pilihan beliau. Di waktu  santapan raja sehari ,tidak semena-mena beliau menghilangkan diri …kami adik beradik  terpaksa menjadi bidan terjun menyelamatkan keadaan.

DJ Bidan sedang membuat terjunan..." jemput makan semua... kena tambah"


 Syukur majlis menjadi terkawal dengan celoteh adik-beradik ipar duai,  walaupun menghadapi masalah mengawal control panel sound system. DJ akhirnya mengalah dan menyerahkan majlis kepada kami. Susunan lagu perkahwinan  tahniah Maherzain, Irfan Makki dan nasyid kontemporari mencorakkan semula majlis. Tetamu yang memahami mengucapkan tahniah atas tindakan kami. Begitulah bila pelanggan tidak menjadikan keutamaan.

Raja Sehari Dr Sayuthi...sayang isteri ...oncall lah selalu


Sebagai tazkirah untuk pengantin baru, banyak kisah agung perlu diteladani. Makkah memang sinonim dengan Nabi Allah Ibrahim A.S, begitu juga kisah Nabi Allah Ismail dan ibunya Siti Hajar. Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri. Mana mungkin wanita lain boleh menyaingi beliau.

Jemaah wanita dengan telekung yang berbagai warna dan gaya sebagai pengenalan diri. Bolehkah mereka menandingi Siti hajar


Unta tersenyum setelah dihias....

Iktibar kisah daripada al-Quran yang ditunjukkan oleh Siti Hajar sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, satu contoh teladan yang agung. Kisah ketabahan, kesabaran dan kekuatan  mempunyai kaitan dengan falsafah penting ibadat haji atau umrah  iaitu ibadat saei berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali  bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu.


Safa & Marwah


Tentulah perjalanan yang  sukar ,merempuh bumi gersang menghantar  siti Hajar dan bayi ke Makkah berbekalkan ketabahan, kekuatan, jatidiri dan tawakkal yang amat tinggi. Perjalanan dengan bas yang kerosakan penghawa dingin selalu mengundangkan   kemarahan tetamu Allah.




Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir.  Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya di bawah bahang sinaran matahari bukan kepalang. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Selepas Siti Hajar diturunkan, Nabi Ibrahim bergegas untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang  mahu pergi, ditariknya baju suaminya sambil merayu-rayu. Bertanya Siti Hajar beberapa soalan, adakah  tindakan ini disebabkan oleh dosanya, lantas beliau memohon ampun dan maaf serta ketidaksanggupan ditinggal di kawasan lembah berbukit batu dan berpasir  kering kontang  tanpa penghuni. Nabi Ibrahim  dengan perasaan sayu menegaskan bahawa tindakan tersebut ialah perintah Allah. Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam tidak berkata. Kelu lidahnya untuk terus merintih merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti di lembah tiada penghuni. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ. Siti Hajar sedaya upaya menguatkan tawakal pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu?


Kalau dibuka hijab agaknya....mungkin kita boleh nampak jin malaikat yang sedang tawaf....


 Wallahua alamu, rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.Maka terpujuklah hatinya.  Sesungguhnya cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: “Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan dan serahkanlah urusan keselamatan itu kepada Allah dan sudah pasti Dia akan membela kami. Siti Hajar memang wanita terpilih. Nabi Ibrahim terharu, bersyukur dan berdoa:

Mina.....banyak peristiwa agung berlaku disini

“Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu.”



Berdoa di bawah pancur emas...tempat makbul

Iktibarnya si suami atau isteri yang ditinggalkan kerana tujuan melakukan tugasan oncall di hospital mungkin setanding dengan peristiwa agung tersebut, sekiranya dilakukan dengan ikhlas hati,  tambahan lagi kalau terpaksa  bertugas 2-3 bulan menjaga tetamu-tetamu Allah di sewaktu musim Haji. Memang sungguh hebat ibadah haji dan perkara-perkara  berhubung kait dengannya.


Ke majlis raja sehari salah seorang pegawai perubatan.
Walaubagaimanapun, saya pernah ditegur di khalayak ramai oleh bapa seorang pelatih perubatan di majlis perkahwinan beliau kerana memberi cuti rehat yang sangat  pendek.  Nasib baik ditegur selepas menikmati  nasi minyak. Jika sebelum, mungkin mematikan selera dan terus pulang sahaja. Bertanya kawan-kawan  berapa hari yang saya beri rehat kepada pelatih tersebut.... saya jawab ..10 hari.



15th Aniversary....same place, same time, different cake.....








Wednesday, December 14, 2011

Terkenang .........2

Asalamualaikum.

Masih terkenang suasana dan kesibukan kota Makkah


Jam 10 pagi sudah ke Masjid Haram untuk solat zohor....Solat Jumaat .. jam 9 pagi

Sekarang di tempat saya tinggal ini hujan hampir setiap petang. Aktiviti tennis setiap petang digantikan dengan berlari indoor setempat atas reebok. Terkenang pada tahun ini saya tidak merasa hujan di Mekah hanya beberapa titik sahaja.

Tiada hujan semasa musim haji sepanjang tempoh saya berada disana.. kering dan panas. Ramai pesakit hidung berdarah kerana tahi hidung keras. Nasihat saya lembutkan dahulu sebelum dengan amalan sunat masukkan air ke dalam hidung semasa wudu.


Sebelum solat Istishqa' (minta hujan), imam mengingatkan agar muslimin sekelian tetamu Allah bertaubat dahulu. Solat Istishqa' dilakukan pada waktu Dhuha. Ramai tetamu Allah panik ketika seruan untuk solat sunat itu diumumkan oleh muadzin. Pengumuman telah dibuat selepas solat isya malam sebelum itu tetapi tidak ramai yang memahaminya. sepatutnya umumkanlah dalam 3 bahasa. Saya memang menanti kehadiran hujan di sana. Cuaca Selepas hujan di mekah amat nyaman sekali... terasa bersih..... membasuh dosa muslimin sekelian.

Solat Istisqa di Masjid haram... beberapa hari sebelum wukuf.... tak makbul.. Tahun 2009, jemaah merungut kerana kerap solat minta hujan dan banjir besar berlaku. Ada Solat minta hujan bebrapa tahun dahulu, hujan turun ketika khutbah dibacakan.

Awan yang berkepul-kepul petanda hendak hujan......doa makbul 2009

Hujan di Araafah sebelum tiba waktu wukuf... membuat aku rasa mengantuk.....



Di  beberapa musim haji yang lepas saya merasai hujan dan pada waktu umrah di bulan march tahun  ini saya meranduk air di keliling kaaba ketika tawaf. Berkesempatan menyaksikan hujan turun dengan lebat. Imam terpaksa memendekkan bacaan ketika rakaat kedua solat isyak. Sebaik sahaja selesai solat jemaah bertebaran lari dan ada teruskan juga dengan tawaf, mengucup hajraswad , solat di hijir ismail dan ada yang mandi air di pancuran emas di dalam hijir ismail. Ada jemaah minum air dari pancuran emas itu...kalau tidak silap saya banyak tahi burung merpati di atas sana. Bertanya pada orang yang telah meminumnya.. beliau kata rasanya masin sedikit. Aku hanya mampu senyum......


Gamabar di ambil sebaik sahaja salam.... bertebaran lari... ada yang terus tawaf...ada yang mandi
                                                  
Disebabkan mereka berebut hendak mandi di bawah pancuran emas... Hijir Ismail ditutup.. Pekerja kebersihan ambil kesempatan mandi....

Banjir 1941 . Sah tawaf dengan perahu... 3 yang awal kayuh laju sikit ye


Kalau bawa anak-anak ni.. pasti suka..

Sewaktu musim haji 2009 saya diamanahkan untuk menjaga pakej tabung haji. Syukur atas nikmat yang diberi setimpal dengan tugasan yang diterima. beberapa hari saya di arahkan oleh pengurus maktab untuk meninjau kawasan arafah, bagi mengenal pasti khemah klinik dan memeriksa infrastruktur. Saya berasa amat teruja dengan kemudahan yang disediakan berupa tilam, permaidani tebal, penghawa dingin dan kawasan sekitar lebih kemas teratur dan lapang.


Mesti tak sakit badan kalau tidur... silap-silap terlepas tahajjud

Kawasan Perkhemahan yang teratur bersih dan nyaman.......sebelum hujan..


 Saya rakam untuk ditunjuk pada teman seangkatan akan kelebihan petugas yang menjaga dan berwukuf bersama pakej. Keadaan jauh berbeza berbanding tempat saya bertugas di tahun sebelum ini. Pada hari tarwiyah ..8 dzulhijjah..hujan telah turun dengan lebatnya. Air mengalir deras di Arafah sehingga menghanyutka kereta dan beberapa duyufurahaman negara lain telah didapati mati lemas. Saya terima panggilan talipon dari sahabat petugas yang telah dihantar di awal pagi untuk menyambut  jemaah. Mereka memberitahu bahawa khemah basah, karpet dan tilam basah dan sumber tenaga elektrk diputuskan kerana kabel di bawah  tanah (di bawah khemah) telah basah... nyamuk berkeliaran, mereka lapar dan tidak dapat menikmati kopi atau teh panas di waktu hujan... MasyaAllah segala nikmat diambil sekelip mata... mudah saja.. Mulanya berangan-angan dengan kemudahan .. akhirnya tidak menjadi kenyataan. Sahabat saling ingat mengingati... kesabaran sewaktu hendak berwukuf ini akan dibalas dengan pahala yang besar... bayangkan nikmat tadi kalau dirasai hanya kelebihan yang amat sedikit di dunia ini berbanding dengan ganjaran pahala atas kesabaran... hebat sahabat yang mengingati kami itu..Itulah kelebihan kalau menunaikan haji dengan orang-orang alim lagi wara'.

Jika hendak menunaikan haji pastikan siapa teman, rakan dan sahabat kita...perokok akan mencari perokok, yang malas ke masjid akan cari yang malas ke masjid, yang suka membeli belah akan mencari saingannya, yang kaki tawaf dan umrah akan berusaha mengajak yang lain. Kalau tidak mengikut, jadilah ikutan yang baik.

Rokok adalah haram.... Dulu ada polis yang menegah pada mula-mula Mekah dan Medina diisytihar bandar bebas rokok... akhir-akhir ini,  bebas merokok. ( gambar duyufurahman dengan rokoknya). Ada jemaah Malaysia bawa stok rokok untuk 45 hari...

iklan bahaya rokok


Jubah yang ekslusif... kain yang digunakan tidak panas di bawah terik mentari.....ahli syurga akan pakai pakaian yang hebat-hebat di syurga kelak.


Syurga minyak wangi....pilihan hebat...Garam Arteri, Sultan brunei, Ameerah , Ameerah gaharu, Nuha, Seribu bunga, Mukhallat Kaabah, hajar aswad, Raudah.....berbagai lagi. Terlalu memilih jadi pening dan hidung tersumbat dan keliru.... Neutralkan dengan bau kopi




 Walaubagaimanapun dengan kesempitan di malam 9 dzulhijjah kami tetap pergi bersama dengan pesakit-pesakit berisiko tinggi. Pesakit berisiko tinggi ini dikenalpasti oleh Dokoir maktab dan mereka akan bergerak bersama dan  rombongan kami adalah yang terakhir sampai  di Arafah dan pertama keluar dari Muzdalifah ke Mina..Ini bertujuan untuk mengelakan masalah kesihatan timbul sewaktu pergerakan. Kami di uji kembali dengan .... bas kami sesat di kawasan perkemahamn Afrika... MasyaAllah, semua penumpang dalam bas termasuk petugas sudah mula naik angin, terlupa sedang berihram, yang sakit lupa pada sakit, yang sibuk berzikir mula tukar siaran, yang tertidur terjaga, maklumlah berputar-putar di kawasan yang di diami oleh  bangsa lain. Ada insiden pemandu bas terus tinggalkan bas dan cabut lari dan tak kembali maka berwukuflah di luar negara sendiri. ( Kawasan Afrika , bukan kawasan Asia).


Kawasan perkhemahan Arafah Asia tenggara..

Ada satu khemah di Arafah di dalamnya ada pokok... boleh terlupa dan mematah-matahkan dahannya tanpa di sedari......Kena Dam wooooo


 Saya perhatikan  gelagat pesakit yang sedang sakit hati....Akhirnya pemandu bas tadi berjaya kembali ke pangkal jalan dan kami berjaya sampai ke kawasan perkhemahan kami. Di hadapan kelihatan seorang  pesakit  saya bangun mengucapkan terimakasih pada pemandu dan memberi sedeqah kepada pemandu tersebut. Pemandu tadi yang kelihatan cemas mulanya sudah tersenyum lebar.

Bas bawa pesakit berisiko tinggi.... sesat pula...mereka dah geram tu..
Saya hanya memerhatikan tingkah laku mereka berdua. Pesakit tersebut menyedari saya dan lantas dia memberitahu saya dengan kata-kata hikmat, " Orang sakit kena selalu sedeqah...agar cepat sembuh...". Hebat sungguh pemahaman pesakit tersebut. Kekadang pesakit memberi kita pengajaran dan peringatan dalam keadaan kita leka dengan nikmat. Sama-sama doa agar kita tidak lekang dari peringatan.


Bila datang ke tanah suci.. tak perlu bawa pakaian lebih... sekadar keperluan... basuh baju pun cepat kering........haji ifrad... tak perlu bawa baju banyak.


Selalu terkenang minuman sebegini..................lazizzzzzzzzzzzzz



Ya Allah..mudahkanlah urusan ku...............................


Sunday, December 11, 2011

Terkenang......1

Asalamualaikum


Hampir terlupa hendak mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1433H, agar tahun ini lebih hebat dan lebih produktif amalan dunia dan akhirat.

Saya kurang jelas di dalam mimpi... agaknya kena tidur dengan cermin mata

Teringat kesah seorang penjahat yang membunuh  ramai orang sehingga 99 orang kesemuanya. Tetapi dalam benak hatinya ada cetusan hendak berubah, berhijrah. Dia bertanya dengan seorang ustaz di zamannya , masih adakah ruang untuk bertaubat. Kata ustaz tersebut tiada ruang bagi mu, maka dia melengkapkan 100 orang mangsa kesemuanya iaitu dengan membunuh ustaz tersebut. Akhirnya ia berjumpa dengan ustaz lain dan dia berhijrah di tempat dimana ramai  orang yang baik-baik sebagaimana yan g dicadangkan oleh ustaz ke dua. Dalam perjalan berhijrah itu maka diukur jarak kawasan tempat hijrah dengan kawasan asalnnya. Tentulah jarak ke tempat baru itu lebih dekat maka di tempatkan oleh Allah SWT  di Syurga.

Sudah beberapa hari berada di Malaysia, masih ternampak-nampak bayangan kaabah. Dengar orang-orang tawaf berdoa dengan berbagai  rentak. Kekadang doa kita terganggu dengan bacaan doa mereka yang dibaca dengan kuat. Terkebetulan juga doa yang dibaca sama dengan doa mereka. tapi ada tambahan bahasa urdu, Tuki dan sesekali dengar doa dalam bahasa mandarin lak... masyaAllah. Alunan dzikir berbagi rentak. Afrika dengan rentaknya sendiri... Subhanallah.  Menghampiri rukun hajar aswad... traffic jem. Orang-orang berebut di multazam dan hajar aswad mencuri pandangan....orang masih berebut sampai sekarang. tahun 1990 dahulu, cara rebutan, rempuhan, himpitan,teknik kepungan dan teknih terus meluru masuk, potong barisan dan  asakan sama sahaja jika dibandingkan dengan sekarang. Agaknya kerajaan  Arab Saudi masih belum dapat mengatasinya walaupun sudah berjaya membina menara jam yang tertinggi di dunia. Polis yang menjaga hanya mampu melihat sahaja.. sudah letih .

 Ternampak juga muka sahabat-sahabat yang  sudah kembali ke destinasi asal dan dipenuhi dengan  program samaada di rumah, kampung atau di tempat kerja.

Jabal Rahmah... nabi tak suruh kita tulis nama atas tiang di jabal rahmah.. ada juga orang afrika/pakistan disitu siap beri pen marker dan kenakan caj untuk tulis nama ..
 
Papan Hadis untuk peringatan




Perasaan tidak mahu pergi lagi ke sana ( tanah suci)  tidak akan wujud di hati walaupaun sibuk bekerja di sana berurusan dengan berbagai karenah dan musykilah, Pesakit ramai, pesakit tak makan ubat, pesakit tak dengar cakap, pesakit mati depan mata, pesakit marah kita, Jemaah ambil tempat balik ke Malaysia, Jemaah hilang kena cari dan bilik sempit, aircond kotor, dapat sakit, busuk, banyak sampah dan berbagai keluhan, beratur di bilik air, namun tetap rindu dengan bumi suci itu. masyaAllah, doa nabi memang makbul. Di campakkan Allah perasaan hendak ke sana lagi….Masya Allah. Bila jemaah mula mengeji  dengan suasana di sana, menjadi tugas bagi yang mengetahui menyedarkan jemaah atas segala nikmat yang di dapati, dikurniakan Allah tidak akan dapat dibalas dan semua rintangan tersebut adalah satu wasilah untuk memastikan kemabruran.


On line dengan Allah....Lagi rapat dengan kaabah ... full bar!  Multazam jangan lepaskan

 Selalunya yang baik tidak kita sebut-sebut, yang selalu disebut yang tak baik. Yang baik  sebenarnya lebih banyak dari yang tak baik . Tak semestinya setitik nila boleh merosakan susu setempayan.... Seorang pelangan di hospital menulis komentar atas perkhidmatan yang diberi di dewan bersalin. berulang-ulang kali dia menyuruh saya membaca , berulang-ulang kali dia menyatakan bahawa ketidakpuasan hatinya telah ditulis secara rasmi untuk perhatian. Kekadang terasa geram juga dengan rengetan yang tak berasas seperti itu. Saya bertanya beliau dengan satu soalan cepu emas. Soalan berbunyi begini.."terima kasih atas komentar anda tempohari, sahaja saya hendak bertanya, Saya rasa kamu boleh nampak kebaikan yang ada di hospital ini dan  boleh tak tuan senaraikan segalanya, kalau tidak jelas saya boleh bantu... adakah appointment yang saya beri dengan cara potong laluan orang lain itu tak baik, saya beri kaunselling percuma dengan talian talipon, di mana kamu talipon tak kira masa termasuk waktu saya main tennis,  anda boleh datang terus jumpa saya di bilik saya, rawatan percuma di hospital ini, saya arahkan doktor perempuan muslim merawat dan memeriksa isteri tuan, kami mudahkan segala urusan masuk dan "one to one care" semasa di labourroom, pemerhatian dan layanan istimewa dari jururawat yang menjaga kerana kamu membawa tag nama " kawan Boss" atau Saudara Boss.


Masjid Quba Medina... Saya rasa kurang tertekan semasa di Medina... tenang, "relaxing" , nyaman....banyak pohon tamar.. khusyuk lebih .... seolah-olah menenangkan...pepohon lain tak bersesuaian dengan lanskap sebegini....


 Agaknya kalau kamu timbang, berat yang mana satu. Saya tiada jawapan dan tak perlu jawab sekarang. Di akhirat kelak pun ada timbangan dan saya percaya kekurangan itu bukannya berat sangat. Teknik sengatan balik ini sesuai digunakan setelah mengkaji kualiti aduan dan digunakan untuk tujuan memberi kesedaran. Teknik ini adalah senjata boss. Staff dibawah jagaan tak sesuai guna ... nanti boss tak ada senjata nak guna. Tidak dinafikan aduan yang sangat berkualiti, berasas dan bernas perlu di balas dengan hadiah.


Sebuah masjid berhampiran hospital tempat saya bekerja... Saf no 1 ada tempat sandar...Keselesaan di beri pada jemaah yang mengutamakan saf no 1... Masa khutbah jumaat senang terlena ni....kebanyakan saf no 1 dipenuhi oleh orang tua-tua( mereka iktikaf lebih lama.....dah pencen)

Dalam suasana bekerja di sini teringat saya  cerita  bekas pesakit saya sewaktu bekerja di klinik. Sebenarnya saya tertidur dan pesakit tersebut mengerakkan saya. Selalunya jika tiada pesakit saya senang terlena. Makan banyak agaknya atau kebosanan atau bacaan yang menidurkan atau kekurangan tidur disebabakan oncall. Beliau datang ke klinik  kerana mahu memeriksa tekanan darah sahaja. Sebenarnya pesakit tersebut telah lama terlantar di ICU di Malaysia kerana koma, kurang pasti apakah sebabnya , mungkin stroke.. Semasa dalam keadaan tidak sedarkan diri itu dia merasai seolah-olah berada dalam bilik gelap dan pintu terbuka dan terdapat satu cahaya diluar.


Tekanan Bp saya...Tahun ini  bertugas menggunaka automated BP lebih mudah... dahulu saya sakit telinga... bayangkan 100-150 oarang perlu diperiksa tekanan darah...melecet dalam lubang telinga..

Sewaktu Umrah bersama THTS.....Moveinpick hotel Medina......
 Kedengaran  panggilan suara memanggil dan memberikan semangat untuk bangun, seolah-olah jeritan kembalilah, kembalilah, kembalilah diungkapakan tanpa henti. Di samping itu  ternampak samar-samar bayangan 2 orang yang dia kurang pasti siapakah mereka memanggil-manggil. Akhirnya dia sedar dari koma dan dipendekkan cerita, dia sehat dan dapat kembali bekerja seperti biasa. Dia cuba mengingatkan apakah bunyi itu dan siapakah 2 orang yang sentiasa memanggil beliau dalam mimpi. Puas juga dia cuba mengingatkan. Akhirnya dia teringat 2 orang tersebut ialah 2 orang anak beranak, ibu dan anak yang pernah meminta sedeqah sewaktu beliau mundar-mandir mencari kerja di Kuala lumpur lebih kurang 40 tahun dahulu di mana dia membawa RM 7 sahaja dari kampung untuk menguji nasib di kota. Kesemua RM7 diberi pada ibu dan anak yang kelaparan. Dia berjaya dalam karier dan melupai  kedua mereka sehinggalah mimpi tersebut muncul. Agaknya cahaya yang cerah itu ialah Al-Quran yang sentiasa beliau baca walaupun sedikit setiap hari.. Masya Allah…kekadang aku terlupa baca… samada aku sibuk atau aku tak pandai membahagi masa. What you give.. you will get back.


Ramai pesakit di Mekah cuba memberhentikan ubat-ubat mereka dengan tanggapan di Mekah Penyakit akan hilang  dan minum air zam-zam akan menyembuhkan. Pandangan saya, tanggapan begini tersasar. Berulang-ulang kali saya merawat pesakit yang sengaja memberhentikan ubat mereka.. Satu lagi tuduhan ialah daging kambing menaikkan darah mereka tetapi setelah diusul periksa, rupanya darah anaik disebabkan oleh sengaja tak makan ubat…



Kambing putih ini saya rakam sewaktu berhenti dalam perjalanan ke Makkah...jinak , putih bersih...warna putih adalah warna standard  di sini...semua putih.. jubah, kereta, van , telur....kambing he he he he



Kambing ini masih lagi muda hendak disembelihkan… masyaAllah lembut dagingnya dan sedap dimakan dengan nasi mandi. Tahukah anda cerita sirah... siapa makan daging kambing terbatal wudu'.....sirah rasullulah pun ada yang lucu juga.. Hiburan buat sahabat.. tahukah anda...

Arab senang je tak payah pakai pinggan .. pakai plastic sahaja.. kekadang dilambak atas meja sahaja.. senang nak urus lepas makan terutama bila mata dah berat…

Nasi mandi yang susah nak berhenti.........Sewaktu bertugas 2008..

Terkenang lagi.......