28 NOVEMBER
Aku masih lagi di Mekah, belum tahu bila akan di hantar kembali pulang ke tanahair.. isteri berkali-kali menerima sms tarikh yang bertukar-tukar. Bila ah fed up agaknya dia balas dah check in baru sms . Aku berdoa agar barang dapat pelepasan timbangan atas tiket petugas, terutama tong air zam-zam aku. Sekarang ini bertugas sebagai “doctor mobile”. Agak lapang mudah dan pesakit tidak serius , yang tinggal hanyalah saki baki batuk demam selsema yang ada. Semangat sudah merudum.. Disebelah malam duduk hospital aku gunakan sepenuhnya menimba sedikit sebanyak ilmu .. terbaru belajar buat blog sendiri… boleh layari Faizazah.blogspot.com dengan petugas IT. Hendak menunaikan tawaf agak sukar kerana terpaksa menggunakan kenderaan hospital di mana pergerakannya hanyalah ditentukan oleh penyelia. Nikmat sungguh duduk di maktab (jadi bos dan kuli) Beberapa hari tidak menunaikan tawaf… rasa kering sedikit. Jika dihantar terus ke Jeddah bermakna telah habislah peluang keemasan di masjid haram sehingga ke tahun hadapan jika dimurahkan rezeki. Teringat doa tawaf wida’ yang maknanya sungguh menyentuh perasaan
” YA ALLAH RUMAH INI RUMAH MU, AKU INI HAMBA MU, ANAK HAMBA MU, ENGKAU TELAH BAWA AKU KE NEGERI IN DALAM YANG ENGKAU MUDAHKAN, ENGKAU TELAH MEMBERI NIKMAT MU YANG MANA TELAH MEMUDAHKAN AKU MENUNAIKAN HAJI. JIKA ENGKAU REDHA , ENGKAU TAMBAHKANLAH KEREDHAAN MU, JIKA TIDAK REDHA ENGKAU BERIKANLAH KEREDHAAN MU SEKARANG SEBELUM AKU MENINGGALKAN RUMAH MU INI. SEKARANG SUDAH MASA AKU HENDAK PULANG, JIKA ENGKAU IZINKAN AKU DENGAN TIDAK MENUKAR SESUATU DENGAN ZAT MU ATAUPUN RUMAHMU, BUKAN AKU BENCI PADA MU ATAU RUMAH MU.
YA ALLAH BERIKANLAH AKU DENGAN AFIAT, TETAP MENJAGA AGAMAMU, BAIKKANLAH KEPULANGAN KU DAN BERIKANLAH TAAT SETIA KEPADA MU SELAMA-LAMANYA. SELAGI ENGKAU BIARKAN AKU HIDUP KUMPULKANLAH BAGIKU KEBAIKAN DUNIA AKHIRAT
YA ALLAH JANGANLAH MASA INI MASA TERAKHIR BERSAMA RUMAHMU, JIKA MASA INI MASA YANG TERAKHIR ENGKAU JADIKANLAH SYURGA SEBAGAI PENGGANTINYA BERSAMA RAHMATMU.
Kalau dibaca dengan penuh penghayatan nescaya akan tegak bulu roma dan mengalir air mata terutama jika dapat berada melekap di batu kaabah di multazam. Cuma kalau nak baca perlulah dihafal dahulu jika tidak, bacaan dan kekhusyukan anda mungkin terganggu dengan orang india Pakistan yang selalu baca doa sambil menangis kuat-kuat….silap-silap baca doa ikut rentak mereka..siap dengan geleng kepala sekali…pakat dok amin je… tak boleh doa ikut dia , bukan hajat kita susahlak terutama yang campur bahasa arab urdu tamil....… Ada doa orang syiah melaknat Abu Bakar r.a Omar r.a dan Aisyah r.a……….senang je nak kenal group ni..selalunya mereka ada sebut Ali r.a masa tawaf. Pada kawan-kawan teman-teman yang mengirim doa , saya telah pohon dimultazam pada lazimnya tempat itu mustajab cuma yang baca doa ni je yang penuh dosa (takut-takut payah nak makbul).
Doa yang selalu aku baca" Ya Allah Engkau makbulkanlah pemintaan sahabatku ni....kesihanilah mereka" selalu buat sebab selalu lupa kertas pemintaan doa........ maaf
No comments:
Post a Comment