Tuesday, November 29, 2011

Teruskan berdoa di bumi mulia ini....

Asalamualaikum...jika anak -anak ku baca.. baba nak tanya pergi masjid tak?
Mahu bekerja hari ini, kurang bersemangat kerana melihatkan pesakit tingal beberepa orang lagi dan mereka hanyalah menanti tarikh untuk di hantar menunaikan tawaf wida sebelum berangkat ke Jeddah atau Medina.. Aku masih menunggu giliran.. rasanya akan menutup hospital ini kerana nama masih belum terpilih lagi…kemungkinan dipeluang lagi untuk ke masjidil haram . Masing-masing dibilik memeikirkan apakah hadiah istimewa untuk yang istimewa… ada yang beli jam, kasut, buah-buah, periuk, Hphone, perfume. Dengan sedikit maklumat mengenai perfume dapatlah menunjuk ajar apakah dia eu de toilette, eu de parfum atau interparfum..dan original atau darichina. Banyak perfume tidak original dibeli… boleh pakai tetapi baunya hanyalah seketika

Hasrol Has , pakar IT (Wiz Kid) , Cikgu Blog .. meminati 212 ..
























Pakar ETD , Dr Khairul dengan Jubah anaknya (Pakar memilih dan menawar)... Beliau selalu berkata " harap-harap orang pakai apa yang dihadiahkan..'



… dalam kesibukan menyedia membungkus barang-barang  aku harap perasaan terhadap Makkah medina sentiasa segar.
 Perlu bahan bacaan agar sentiasa segar. Terbaca saya akan doa-doa Nabi Ibrahim kepada Allah SWT,dan juga sedikit gambaran terhadap Hari Kiamat kelak.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.   [14:35-52]


Jemaah Nigeria, masuk tawaf ala tentera...mereka benarkan aku join group dia..laju ikut rentak dia... kemudian aku tinggalkan kerana banyak langgar orang..


" Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat). "


"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.




















Buah delima Taif memang yang terbaik. rasanya manis dari yang lain tetapi harganya ada yang mencecah  12 riyal sebiji...





"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah!

"Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan.


Terkenang pada anak-anak apa sahaja akan dibawa balik.....CYCLOPS

Kasut dari kulit antelope dari Brasil pun akan di bawa balik...(waranty 2 tahun)

Butiran tasbih menjadi pilihan cenderahati

Kopiah rotan dari Indonesia pun menjadi pilihan.....(melekap atas kepala tak jatuh waktu rukuk) 
Carpet juga menjadi pilihan...masalahnya  bagaimana caranya dibawa pulang. Boleh terbang ka? ( boleh.. Pos Malaysia...RM14 sekilo)


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Bapa-bapa(petugas perubatan ) sedang menunggu bas di hospital untuk menunaikan tawaf wida di mana mereka akan berdoa agar dipanggil kesini lagi dan doa terakhir untuk anak-anak isteri ahli keluarga... (Giliran Blogger akan sampai)

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).


(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).


" Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?

"Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-buKti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana), dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)".

Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.
Di atas bukit pemanah , di belakang Jabal uhud yang menyaksikan peristiwa hebat Perang Uhud mengorbankan ramai pejuang Islam. Kelihatan maqam syuhada termasuk Syaidina Hamzah



" Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya). "

(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu.



Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka.


(Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.




(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.

Sekadar berpesan pada diriku yang sentiasa lupa....Di masa ini bertugas sibuk mengumpul beg untuk pulang

No comments:

Post a Comment