Saturday, November 26, 2011

blog pertama ku


TRAVELOG HAJI 1432H


27 hb sept 2011

Bermula perjalanan ku di awal pagi .. jalan raya masih tidak sibuk dan sampai diKlana jaya sebelum waktu puncak. Disana sudah banyak waris-waris petugas berkampung seawall pagi dengan riuh rendah anak-anak bermain dimana setengahnay belum mengerti ayah atau ibu akan di perantauan menyantuni duyufurahman sekurang-kurang 2 bulan. Cuba menyapa kenalan dari tabung haji yang sibuk dengan tanggungjawab masing-masing. Seperti biasa berkenalan dan dapat minum bersama pengurus Klana jaya dimana banyak maklumat dapt dikumpul termasuk percutian keluarga ke Bosnia. Walaubagaimanpuan perkara yang paling penting ialah pembetulan niat. Niat hanya kerana Allah. Banyak kali Umi berpesan seawal pagi ketika dia gerak untuk bertahajjud. Betulkan niat, jangan marah dan menyakiti pesakit. Ada beberapa impian niat yang sentiasa bermain dibenak pemikiran iaitu menghafal sebuah surah hebat. Setelah berpakaian ihram aku ditegur oleh  kenalan bahawa selipar ku tak sah jika dipakai kerana menutup. Sewaktu umrah dahulu aku menjadi was-was dengan selipar demikan, lalu aku beli selipar jepun biasa. Tapi kali in aku beli selipar jepun ala arab, kulit berharga rm 50.  Denaga berat timbangan 28 kilo dengan saiz beg yang paling  jelas besarnya mencuri tumpuan petugas yang lain. Beg itu lah yang aku tarik ke hulu-ke hilir sewaktu di jerman. Saudi airline kali tidak rasa tersangat berlainan , maklumlah baru sahaja merasai first class sewaktu ke Jerman 3 minggu dahulu. Satu perkara yang amat dirisaui ialah pening kepala mual-mual dan muntah-muntah. Ada terasa sikit tetapi dengan kuasa Allah ia hilang tanpa aku perasan di waktu bila.. susah kalau kena. Alhamdullilah imegresen tidak merumitkan keadaan walaupun terpaksa scan muka tangan dan ibu jari kiri dan kanan. Tahun akan datng agaknya kaki perlu di scan.

Rakan menghantar messages ......bertanya.
Waalaikum salam.. Tension nak exam adalah normal.. jgn hypothyroid bila exam gelap masa depan. le ni saya masih bekerja di maktab.. hu hu pt semakin ramai. syukur PPP yg bersama membantu dan aku panggil dia org Dr.. jemaah pun tak cari aku saje.. depa cari bila ada masalah period je.. PPP aku sorang tu ada psy background.. hari-hari aku suruh dia p bilik pt scizhophrenia yg terlepas mai siini utk nganga  mulut pop in ubat .. macam dots lak. Maktab aku`ni tak lah jauh sangat dari masjid.. kekadang berlari gak nak rebut rakaat.. maklum lah waktu kerja berhenti terus azan. pagi tadi solat dan khutbah minta hujan setakat ni belum di makbulkan lagi.. banyak dosa agaknya kami semua kat sini... bad experience dulu 2009 banjir sampai ramai jemaah komplain banyak sangat solat minta hujan. Tak jauh dari maktab aku ni pakej mahal.. depan masjid je.. syukur akau tak dipilih jaga pakej lai.. pasal hidangan buffet nya mengemukkan.. kawan aku yg jag pun dah nampak macam 20w pregnant.. dia kena burn calori dengan tawaf ltingkat atasa sekali.. Aku cover juga maktab pakej swasta.. kebanyakan jemaah mereka tak fit.. ada ca breast bilateral with ascitis datang kat aku.. kena buat peritoneal tap..pasal sesak nafas...Cuma aku doakan dia sempat wukuf.. Kagum sungguh aku tengok anak perempuan dia tolak pergi naik bukit turun bukit 2 kali sehari ambil sulperazone... kalau nak pergi dengan pakej , cadangan saya ialah pergi dengan THTS, ada medical team standby.  Minggu ni minggu jemaah takut.. takut tak fit pergi wukuf.. ada yang takut ubat tak cukup.. takut period mai, takut tak ada nebulizer, takut aku tak ada, takut tak daya berjalan, takut air tak cukup, takut susah mandi wajib jika haid berhenti kat sana, nak minta MC tak bileh melontar...

Kerajasan saudi tidak membenarkan malaysian medical mission berkerja diwaktu wukuf , walaubagaimanapun kami diarah buang tanda nama dan practice underground..Malam ni nak sediakan barang2 ubat-ubat yg perlu dibawa termasuk 1 ampule morphine , haloperidol, dormicum yang kena sorok (takut Kerjaan saudi tangkap) dalam ihram..  kekadang lucu gak dibuatnya. Keadaan masjid haram dah sesak , dah tak muat.. jalan raya dah penuh denagn barisan sof.. dulu aku ambil masa 10minit berlari anak-anak..untuk ke msajid.. tapi sekarang 5 minit je pasal sof dah  sampai ke maktab" masjid haram dah dekat dah... tiada alasan tidak kemasjid.. Kat sini yang [paling aku suka bila dr-dr maktab refer kes gynae.. mereka akan arrange ambulan ambil aku kat maktab, dalam ambulance aku clerk patient .. advice accordingly dan bila sampai hospital malaysia  buat ultrasound .. full gynae examnination, remove iucd ke, polypectomy ke.paling seronok buat kerja yang tahu... dapat ke psy... aku pun mula buat panggilan pada Dr2 maktab, FMS ke, A&E specialist Ke, physician ke, ENT ke anaest ke, dermatology ke .. tanya apa yang nak buat.. tahun ni berani sikit handle pasal psy kes kat sinii pasal mereka kecik pada aku. Walaubagaimanapun aku dah pack mereka p hospital. masalah paling ketara ialah jika ada urgent referal ke hospital.. ambulan kita tak boleh masuk waktu solat.. berdoa banyak dimudahkan urusan ditambah ilmu pengetahuan .




Patient asthma dah mula ramai ke klinik .. astmatic attack.. bukan debu allegennya.. panick allegennya stress induce.. aku buat guidelines sendiri suruh patient inhaled steroid bila nak berdepan dengan stress induce...cth p masjid, p wukuf, p melontar, p umrah... p shopping.ha ha ha . bagi yang first timer jadi petugas.. maka berkotak-kotak barang dipos.. shopping jubah, kopiah sejadah.. setakat ni kotak aku masih belum penuh.. tak tahu nak beli apa.. kurma dan zam-zam je  yg aku kumpul.. barang2 memang naik harga... penjual ambil kesempatan dalam kesulitan orang, mengayakan diri sendiri atas kemiskinan orang... jadi  belilah ketika habis wukuf dimana jemaah dah tak pedulikan kedai-kedai lagi, harga akan turun. Ramai juga petugas tertipu dengan iphone China.ipad china pun ada.
 Berkat doa nabi ibrahim.. aku jumpa buah manggis..

21riyal adalah 10 biji , rambutan pun bulunya pun dah hitam




Klinik maktab aku ni dilengkapi dengan web based sistem yang canggih dimana kita boleh trace pesakit dihospital dan boleh order ubat-ubatan dilklinik secara online, referal online..yang menjadi bebannya ada 3 study termasuk kajian effectiveness of pneumoccal vaccine , pilot study DG, petugas kena selesailkan , ada 3 phase.. hu hu hu .. kena temuramah dari bilik- ke bilik..tak semua yg bekerjasama.. tapi bila ubat mau...sabar je le. huh hu.. aku senyap-senyap ajar PPK aku buat kerja...he hehe... nak hidup katakan..
     Farrah Hannan 6 thn ....sanggup tunggu baba sehingga jam 2 pagi 


Yang best nya setiap hari bila free, aku skype dengan azah dan bebudak.. siap nampak tonsil fawaz bengkak  lagi waktu dia  demam tempohari..sekurangnya yg kecik tu tak lah memberontak selalu.... Maktab saya ni.. banyak very senior citizen.. 80+  yang umur tak tahu pun ada .. 90 tahun kot.. yang bawa tongkat sambil pegang CBD bag pun ada.. sedih aku tengok.. . Berbanding dengan jemaah haji Indonesia mereka tua juga, tapi kuat.. duduk jauh pada kita, klinik mereka tak banyak coverage, naik bukit turun bukit handal dari kita.. mungkin kita ni manja .. tak fit,.. kedai dekat pun naik kereta kata salah seorang pesakit di klinik.... tawaf geng indon ni macam geng turkey, sekali termasuk dlam group dia ... diaorang expell aku serta merta ..fuh . orgnya kecik tapi kalu bersatu.. kuat betul. Best sekali aku team up dengan africa.. nigeria ke , ghana ka, duduk kat belakang diaorang.. tawaf kejap je... doa kejap la pulak... Best kerja dengan muasasah dengan org golongan pertengahn , dari kampung.. mereka baik hati tak banyak tanya, taat , ikut arahan, kalau dah baik depa inagt kat kami.. tegur sapa . Cuma ada sorang dua je yg " terpelajar kot" gelakkan aku bila aku beri dia panadol KKM... panas hati jua bila diperkecilkan gitu.. dengan selamba aku cakap"panadol hang tu hang makan niat nak baik, tapi panadol saya ni , aku niat nak hantar hang p wukuf, terpulang nak ambil.. tapi saya nak kuar air mata bial hang gelakkan saya.. pah tu pun tangkap panadol aku adan terus menghilangkan diri.. semoga sembuh.




HARI ARAFAH





Wukuf yg paling memilukan.. lagi pilu bila jemaaah kt yg jaga ni solat ghaib beramai sewaktu wukuf.. lagi hiba bila ucapan takziah dari jemaah bila berada diman saja..klinik, kemah, beratur kat tandas.. hu hu hu... lagi hiba dan syahdu bila dah setealah solat ghaib seorang duyufurahaman tercekik daging saya tak dapat selamatkan segala maneuver dah buat tapi asystole.. cpr mouth to mouth..


Semua peralatan dah diambil sebelum tu oleh advance party tinggal hanya tangan dan mulut.. hu huhu.. saya pikul dengan beberapa jemaah bawa p a&E arab tapi di sambut dengan sangat hypothyroid... cuma dia check pupil dan sebut alhamdullilah sahaja...waaaaaaagh akau bersama dengan isteri dia.. pakcik tu min ahli jannah. . terimakasih untuk semua.. sekarang baru recover sikit..earlier memang tak boleh call malaysia.. terlalau berat nak berkata-kata..
  sunat kepala dibotakkan, cukur sesama sendiri....



ALLAHYARHAM ABAH..........i became of doctor because of him.....he taught me everything...life,Deen, driving, tennis, arabic.......many things.....































13 november
Belum tahu bila akan dihantar pulang.. hanya menunggu arahan. Selagi khidmat diperlukan selagi tu kena stay.. kalau agaknya mengabiskan beras  je.. barulah dapat arahan..
Awal pagi dah kelam kabut di buatnya.. seorang pesakit 51 mengadu sakit dada waktu solat subuh, dia tahan sampai habis, berpeluh-peluh.. terus dia balik ke hotel ni(800m) dengan sakitnya, terus berehat dalam bilik… tahan sakit lagi…tak mahu datang klinik pasal ramai agaknya.. pukul 11 baru turun keklinik dengan sakit dada, compression, sweating ++.. aku pun macam tak cukup kaki dan tangan.. yg tempohari hypothyroid dah hyperthyroid dah… Cuma tak storm je..resus dibantu oleh PPP ( cardiac surgery train  woo)   terus hantar hospital…collapsed la pulak kat hospital…. Hantar hospital arab…bypass la gamaknya.. sini bypass free kalau kena masa musim haji.
Jemaah di hotel ni dah mula berangkat pulang hari ni, klinik aku dah kurang pengunjung, yang batuk dah tak dengar batuk mereka, yang berkerusi roda pun dah boleh berjalan, yang sentiasa masam dah mula senyum, yang sentiasa mengadu sakit tu sakit ni dah senyap dah, yang sakit lutut seolah dah buat athroplasty, Yang period tak berhenti- henti dah dapat buat tawaf saei rukun haji,  demam pun dah surut. Suara aku menegur “ pakcik makcik kenapa tak makan ubat.. ini amanah jaga badan tau… yg selalu menyakitkan telinga agaknye ,dah tak kedengaran lagi. Seronok melihat gelagat mereka.. he  he he.Maklumlah orang nak pulang.
Sebagai tanda terimakasih mereka singgah mengucapkan terimakasih,  ada yang sibuk bergambar.. puas aku posing dengan org tu dgn org ni, last minute takziah pun ada. Menangis tanda terimaksih , syukur diberi kesihatan pun ade.  Soalan yang sering ditanya… Doktor , bila balik?  Aku selalu jawab.. tak tahu lagi Haji dan Hajah, tutup maktab ni baru boleh saya mengemas bersedia utk balik…tapi di benak hati ni sering berkata… aku balik nanti aku tak akan dapat jumpa ayahku kembali….
Lagi bertambah sayu , seorang haji yang hendak pulang, rekodnya  sentiasa sakit dan berkerusi roda kemana kemari , menyedeqahkan kerusi rodanya kepada hospital. Baik sungguh hatinya 
Kerusi roda ini tidak berpenghuni lagi kerana tuan sudah pulang seperti kerusi roda ayah ku….. 







WORK SMART< STUDY SMART< EAT SMART< THINK SMART …BUT PRAY HARD


Kawan bertanya  sekarang ni bertambah kes lelaki datang ke klinik gynae untuk memberi surat mengesahkan jantina terbaru.... satu cabaran .. aku jawab dengan  ha ha ha ha .. realiti sekarang.. satu discussion saya bersama mufti perlis terbaru ini ..kawan masa di mesir, classmate azah .. mengenai golongan maknyah yang sudah bertaubat.. hendak menunaikan haji .. pada mulanya mufti berfikir , syukurlah mereka sudah sedar dan telah bertaubat... tapi bila dilihat akan bentuk fizikalnya memang sudah berubah.. ini akan menimbulkan banyak masalah.. cth mereka lelaki kena pakai ihram, tinggal sekemah dgn jemaah lelaki , berkongsi bilik air , tawaf denagan ihram.. ini kan menimbulkan banyak maslah.. nak diletakan sekumpulan dengan jemaah perempuan hu huh hu siapa dikalangan jemaah wanita dan berkongsi kemah bilik air... musykilah2. Nak diletaka kan khemah berasingan pun akan menimbulakan msallah, kita mengitiraf golongan tersebut atau golongan tersebut mahukan kesaksamaan , tidak mahu pengasingan... bikin ribut. Jadi apa mahu buat. Pandanagn saya jika bernar golongan ini sudah sedar dan bertaubat dan hendak menunaikan rukun haji.. mereka perlu berkorban sebagai tanda kescina niat dan menolak fitnah. Pengorbanannya ialah lakukan semula reverse cosmetic.. silicon breast dibuang, hormon antagonism, hentikan oestrogen, grow some hair, .. yakni reverse semula segalanya kepada bentuk fizikal asal kecuali yang sudah terpotong (tak mengapa , organ tersebut tak nampak). Setelah fizikalnya berubah dan mendapat kelulusan uastazdoktor barulah didaftarkan untuk menunaikan haji.. disamping program tarbiah yang berstruktur. Awal -awal saya beritahu kawan-kawan saya tidak mahu terlibat dalam reverse cosmetic ni...........


18 novembar




POOM tu nama timangan furqaan . suspen gak mulanya... cara studynye tak macam kakaknya.. tapi kalah sikit ngan kakaknya... upsr 5a, upkk 8a upsra 7a 1c(TAJWID).. tak tau nak minta mana lai.. dia mau sham.. tapi aku nak hantar jauh sikit macam arwah abah suka hantar aku p jauh-jauh. Memang sampai dia meninggal akulah yg paling jauh sekali..


   Mina muassem



Jemaah haji malayasia kalau dinbandingkan dengan jemaah haji lain.. kita ni manja sikit.. tak boleh.. batuk sikit, selsema sikit, sakit tekak sikit, pecah tumit sikit, gatal sikit, bibir pecah sikit, gatal mata sikit.. datang tak ada complain pun ada.. memang akan cari sebab nak jumpa doktor mungkin kemudahnnya ada di mana-man maktab.. persedian sebelum ke sini selalunya tak optimum.. secara fizikal.. tak ramai yang betul-betul fit berjalan... tokang sorong kaya raya di maktab malaysia.. maklumlah ambil kesempatan atas ketidakupayaan.. berbanding dengan negara jiran kita (thailand, indonesia) mereka slim, kecik, fit  dudk jauh dari masjid haram..jauh lebih muda... dari pemerhatian kaki mereka kecil...lincah berjalan... jemaah kita berbeza .. mungkin aktiviti harian.. nak pergi masjid , kedai semua guna kenderaan .. kalau boleh nak parking pun sebelah tempat kerja... pasal itu kaki kita besar dan berat....  Sehinggakan pembantu am saya warganegara indon selalu berkata.. jemaah malaysia selalu sakit... kami tiada kemudahan kesihatan sehebat ini.. tidak ramai yang ke klinik.. ya lah yg datnag muda-muda dan gaagah lagi kalu tua pun masih fit. jika ada saudara mara yag nak kesini dan ada masalaha kesihatan baik datang dengan pakej muasasah kerana kemudahan kesihatan berada di tempat tinggal. kalau dengan pakej mereka terpaksa berjalan mencari klinik tabung haji... susah gak kalau dah astmatic attack nak cari nebulizer... yang datang dah hampir cyanos pun ada.  huu hu hu aku yg cyanosed dan desaturate dulu.


Tokmiyah atau falafel... sesuai dimakan bila-bila masa, mengenyangkan dan tak mengemukan .. sayuran sahaja.


Perkara melucukan semalam membuat aku tersenyum diwaktu fajar walaupun hanya tinggal seorang .. Jemaah dah beransur keluar balik Malaysia dan ke madinah munawwarah. Ramai pertugas di tarik dihantar ke madinah untuk menampung keperluan disana maka tinggala aku seorang menjaga klinik tanpa pembantu..hu hu hu. Walaubagaimanpun klinik ini akan ditutup 2 hari lagi dan mereka pihak pengurusan akan mengeluarkan arahan baru , besar kemungkinan dihantar maktab hotel yang masih beroperasi…
Ceritanya semalam aku di bawa dengan van hospital membawa pembantu ku bersama pegawai penyelian maktab dan pembantunya dan kami mecuri-curi keluar untuk “mengambil angin, bersiar seketika”. Aku ajak mereka makan makanan arab mesir. Makanan aku maksudkan TOQMIYAH dan SAWARMA di restoran mesir . Makanan tersebut boleh didapati disekitar masjidil haram tetapi rasanya tidak asli dan di masak oleh orang Bangladesh… macam makan nasi lemak bangla atau indon yang masak.. sudah tentu ada kurang rasanya.. Teman sebilik aku (PPP) atau pembantuku telah berjaya aku tukarkan selera tekaknya kepada selera tekak aku (ala-ala mesir).. jadi toqmiyah yang selalu aku makan boelh diterimanya dan telah menjadi kegemarannya juga.. Jadi sebagai tok guru aku selalu bercerita toqmiyah mesir lebih sedap berkali-kali ganda sedapnya dari toqmiyah bangla ni.. Mindset already nak mencuba yg mesir punya. Di restoran mesir 10km dari masjidilharam , makanlah kami dengan berseleranya bersama air delima kegemaran aku.. sampai tersandar dibuatnya..

Selesai makan pekerja mesir menghampiri kami dan perbualan menjadi rancak antara dia dan aku dalam bahasa arab , yang lain hanya mendengar dan sesekali akau menterjemahkan secara spontan , aku perkenalkan penyelia maktab yang makan sekali adalah seorang pakar bedah hidung telinga dan tekak. Lantas pekerja yang menyediakana toqmiyah itu pun mengadu bahawa beliau menpunyai masalah telinga dimana air telinga sentiasa mengalir keluar meleleh kekuning-kuningan…….. tak dapat ku olahkan reaksi kawan2 yang dah kekenyangan tiba tercengang terpinga-pinga .. masing-masing memandang aku dengan soalan…….PERASA OTITIS MEDIA KA….(drum dah perforated). Sengaja aku ajak mereka datang sekali lagi untuk merasa makanan lain KUSHARY… semuanya senyap .

Bukan najis berat




23 november 2011



Hahaha nak cerita lagi… flight delay bagi KT terakhir di hotel ni.. maka akupun terkesan juga dimana ditangguhkan penutupan klinik 24jam. Walaupun tinggal seorang di klinik ini dibantu dengan pekerja am berbangsa Indon , aku teruskan mengemas , menyusun, membuang barang2 diklinik ini . Klinik maktab ini bukan lagi tempat popular, mungkin terkesan dengan ceramah rebutlah peluang bonus delay satu hari dengan aktiviti berpahala. Sebagai gambaran minda Klinik ni bersebelahan dengan dewan seberguna untuk solat, ceramah dan makan dan tempat suami isteri berdating kembali . Bila ada ceramah, jemaah akan turun beramai-ramai menggunakan di lif berdepan dengan klinik ni. Bila ramai jemaah ke dewan maka ramai jugalah akan menjenguk ke klinik. Nak dijadikan cerita lif yang membawa turun  jemaah tersangkut dan pintunya tidak boleh dibuka dan diwaktu itu klinik aku ni tiada pesakit and aku duduk di depan pintu seperti jaga tetapinya tidak pegang senapang tapi stetoskop.  Tiba-tiba aku tengok  arab dan bangladesh pekerja hotel terlompat2  terjengkel-jengkel, cuba membuka kunci dan  mengopak pintu lif. Aku lantas bangun dan bertanya samada ada orang atau tidak terperangkap didalam.. Dengan keadaan cemas sambil cuba membuka lif  mereka tidak mempedulikan  pertanyaan ku , yang aku dapat perhatikan kejap-kejap si arab tu cuba talipon seseorang? Engineer ka, ambulan ka, Boss dia ka, technician ka. Sure mereka masih tidur diawal pagi… nak datang mesti sejam dua.. Terfikir aku , aku kena standby kalau mereka yang di dalam asphyxia…cukuplah dengan satu kes asphyxia, tercekik  sewaktu wukuf tempohari.. aku lah first line atau only line ; tiada pembantu .. Arab dan si bangla tu masih lagi terkial-kial.. tiba-tiba mereka hilang? Nak ambil apa ya? Yang ditinggalkan kepadaku hanya kunci lif.. hu hu hu apa aku nak buat….adakah tanggungjawab dah diberi kepada aku untuk cuba buka atau mereka cabut lari (macam drebar bas cabut lari bila sesat jalan di arafah)…. Terlintas difikiran ku bahawa cerita yang paling popular di mekah ini setiap tahun.. cerita orang mati terperangkap dalam lif di mana cerita itu telah disanggah oleh pihak berwajib adalah palsu dan ia sentiasa diada-adakan setiap tahun….tapi adakah ini akan jadi realiti… Ya Allah apa aku nak buat…. Di receiving end untuk resus atau jadi technician hotel. Arab tadi muncul semula (minum teh kot)…bangla .. tak tahu pergi kemana … begitu-begini sudah 10 minit…. Aku ketuk .. tidak kedengaran ada balasan…? Mati ka .. Ya Allah.. aku pun guna sederat tenaga cuba buka kunci di bahagian atas pintu dan cuba cuba cuba buka pintu.  Alhamdullilah pintu dapat terbuka .. gelap didalam …Ya Allah . aku ingat satu orang didalam rupanya hampir 10 orang (sardin).. Nampak wajah-wajah pakcik makcik tersenyum meleret . mereka keluar bersama wap panas keluar. Syukurlah mereka terselamat . Perkataan yang keluar dari mereka dengan irama lega  ..ooo doktor.  Aku tak mahu terimakasih.
Tiada kelebihan atau kekuatan yang ada pada ku dalam insiden semalam.. yang ada hanya sedikit ketinggian.. maksud aku Bangla yang cuba buka tadi pendek orangnya, dia tak sampai untuk membuka kuncinya dan sudah tentu berada dalam situasi panik … lupalak nak ambil kerusi… Arab tadi hanya Boss di kaunter.  Lif hari ini masih naik dan turun lagi… aku doakan agar tuan punya hotel ini terperangkap sekali…he he he doa nakal di tanah suci




24 November 2011



Alhamdullilah.. maka aku telah berjaya mengelolakan klinik maktab ada yang sembuh dan ada yang tak sembuh dan ada yang meninggal dunia.. Tengah menunggu arahan pergerakan baru… kabar angin (selalu betul) akan di hantar ke pakej VIP (120k) di bangunan sebelah jam besar..50m dari masjidilharam, belum tahu jadi atau tidak. Dalam kebosanan , aku selalu melepak dengan pengurus maktab, bukan sedikit malah banyak pengalaman beliau boleh diambil pengajaran , bekalan dan sempadan. Perbincangan santai kami bersama dengan tea rabe’ campur daun Naknak



 berkisar mengenai cerita-cerita, gelagat para jemaah.  Timbul kisah mengenai waris jemaah yang berjanji sakan nak jaga ayah-ibu, mertua, pakcik, makcik, jiran, tok sedara, makcik sedara dan segala tali barut, tetapi sesampai saja di sini seolah-olah putus saudara walaupun sebelum berangkat berjanji sehidup semati, susah sama ditanggung, payah sama diredah. Tetapi bila berdepan dengan realiti perkara janji sudah diketepikan dan  salah satu tempat melepaskan tanggungjawab ialah kepada petugas perubatan dan kebajikan…Di Arafah tempohari kami diuji dalam ihram dengan pasangan anak saudara dengan makciknya yang kekadang dementia(nyayuk). Bila kami katakan bahawa makciknya perlu dirawat dihospital kerana masalah heatstroke, maka terpancarlah sinar kelegaan kerana tanggungjawab telah berpindah post. Sewaktu di Mina makcik tersebut kembali ke pangkuan klinik aku sebaik discharge dari pusat kecemasan.


Puas kucari di mana pasangan tersebut malah mereka menghilangkan diri selama 2 hari ( Kembali ke Mekah menunaikan tawaf).. nasib baik ada staff perempuan dari bahagian kewangan tolong suap makan, salin lampin kain dan mengemaskan dirinya. Semua orang geram di bumi barakah mina melihatkan keadaan makcik itu ditinggalkan waris …. Dalam ihram kami geram berseru  “Wahai diri kena sangka baik”!!! 
Sebuah keluarga bermasalah mendapat satu letupan motivasi yang hebat telah kembali ke pangkal jalan( niat asal). Keluarga besar haji hajah tersebut terdiri daripada  seorang ibu bersama dengan 6 orang anak.  Ibunya nyanyuk sedikit mendapat pemerhatian, penjagaan dari anak lelaki dan anak perempuan. Mereka berikrar akusumpah akujanji dari Malaysia akan menunaikan tanggungjawab sebagai anak. Moto = Seorang ibu boleh jaga 10 anak tapi belum boleh 10 anak menjaga seorang ibu memanglah betul. Apa berlaku disini anak-anak sudah tersasar  pada janji kerana sibuk mencari pahala 1000-100,000 dan 40 waktu solat. Disebabkan tarikan beribadat yang kuat dan ceramah santapan rohani ustaz-ustazah, mereka berlumba-lumba menggarap sedaya upaya  maka  tinggallah ibunya di hotel keseorangan. Anak-anak sudah ke masjid. Ibunya seorang yang rajin mengemas semenjak dulu. Beliau keluar dari bilik masuk ke bilik-bilik jemaah yang lain, dibukanya beg-beg jemaah maka dia pindahkan baju jemaah ni ke beg jemaah yang lain. Dia susun semula. Dia atur semula, dikeluarkan pakaian, dicampuradukan pakaian. Baju jemaah sudah berukar beg. Jubah ni masuk beg jemah lain. Maklumlah  beliau suka mengemas. Lucu dan ribut jadinya jemaah-jemaah bila bila mereka pulang dari aktiviti berpahala dimasjid dan sebahagianya mendapati baju mereka bertukar.. bayangkan bila buka beg…eeh baju sapa pulak ni. Cantiknya jubah ni…siapa punya… seluar dalam siapa ni.. bila pulak aku ada baju dalam…besarnya seluar dalam ni.. ada lubang lak pada seluar dalam ni.  Isu seluar dalam bertukar tuan menjadikan jemaah mula marah. Bayangkan.. jika seorang jemaah bertanya siapa punya seluar dalam besar ni dalam beg saya… siapa mahu mengaku terutama yang dah belubang. MasyaAllah.. Aku gelak sampai mengalirkan air mata. Haru-biru jemaah dibuatnya.















Ibu yang tidak sihat tadi diabaikan dan beliau tidak faham dan mengerti bertindak sedemikian atas ketidakpatuhan anak-anak atas janji asal.  Setelah ditegur, anak-anak mula bergaduh menuding jari mengungkit mencari salah siapa. Saling tuduh menuduh saling marah-memarahi. Ibu yang nyanyuk hanya mampu tersenyum, maklumlah anak-anak. Setelah tidak berjaya mencari siapa salah maka disalahkan abang sulong mereka yang berada di Malaysia kerana menghantarkan mereka. Begitulah resamnya jika sudah tiada ayah. Pengurus telah bertindak sebagai ayah memanggil mereka semua , menegur dengan hikmah. Beliau mengingatkan pada anak-anak itu bahawa syurga terletak pada ibu kamu dan belum tentu kamu ke masjid mendapat syurga… syurga sebenarnya berada dalam bilik.. jagalah ibu kamu . Mereka akur dan sedar kembali dan akhirnya jadual pengiliran telah dibuat dan ibu kembali tenang aman dan beg-beg jemaah tidak dibuka lagi. Masalah seluar dalam orang berada dalam beg sendiri selesai. Seluar dalam yang besar tidak diketahu samada dituntut atau tidak.
Selesai menaip  sambil ketawa mengenangkan kembali kejadian , aku dikejutkan dengan info… KT yang aku jaga ni delay lagi …. Yahoooo. TAWAF!

4 comments: