Tuesday, November 29, 2011

Eh dah nak balik dah....

Beberapa hari lagi pusat rawatan Syisha ini akan melabuhkan tirainya dan kami akan berangkat untuk transit seketika atau bekerja seminggu di Jeddah atau di Medina.


Kecerian terserlah di raut wajah masing masing petanda masa untuk pulang telah tiba. Makin kerap tergambar wajah anak isteri suami yang tidak sabar lagi menunggu terutama bagi mereka yang asyik membelek hadiah.

Kasut ni ada waranty 2 tahun.....walaubagaimanpun tapak kaki kami pecah-pecah kerana banyak berjalan kerana Allah...

Untuk anak -anak PSP ni ... sebelum tu ayah main dulu. Waktu solat kena jaga
Siang malam asyik membelek hadiah.
Walaubagaimanapun kami masih lagi sibuk mengemas peralatan hospital . ada yang perlu disusun semula.. dibungkus untuk persedian bagi musim haji akan datang.

Automated BP set



Katil dibungkus

Tilam disusun


Motorsikal pun kena bungkus...

Diantara ubat-ubat yang mahal di hospital ini perlu diselengara... Oksigen.





Hj Aznor.. sentiasa dalam D"drive" mode, buka dan tutup klinik maktab, bekerja diwaktu petugas dalam "sleep" mode... tetap ceria sehingga saat akhir.















Di Hospital ini saya banyak merakamkan riak wajah gelagat sahabat-sahabat petugas perubatan yang sentiasa tersenyum, tak tahulah apa yang difikirkannya......tak semua perlu dipaparkan.

Waktu berehat kami akan makan bersama mengalas perut… kami mencuba Tamis dan Fuul. Ia adalah makan kegemaran ku. Cuma tabiat orang melayu ni akan  basuh tangan sebelum makan … aku telah berada di Mesir kadang-kadang terikut cara rakan-rakan Mesir basuh tangan selepas makan.


Diwaktu rehat segala jenis roti kami cuba.. termasuk tamis Afghan dan Yemen

boleh habis ke..

    Kacang fuul itu direbus lama dan dicampur dengan minyak zaitun.. Makanan yang berkhasiat ( makanan yang sehat untuk jantung)

   Sup kaki kambing sesuai dimakan seminggu sebelum kembali... sekarang ini amat sesuai ketika cuaca dingin. Sesetengah petugas tidak sanggup makan kerana  terbayang kaki kambing itu bergerak-gerak (peliknya sup kaki ayam, ekor lembu makan).
 

Aiskrim buah yang paling terkenang ialah dari kedai Asir yemen di Taiba ini. Kepingan buah-buahan sperti epal, pisang, strawberry, anggur dan kiwi di dalam kisaran avacado yang berlemak bercampur dengan kisaran mangga dan buah delima. masyAllah.. haza min fadhli rabbik.

Seronok menyeduk apakah yang ada di bawah.........


Agaknya yang istimewa di Malaysia pun begitu juga menyediakan persiapan bagi menunggu kepulangan kami.Yang sudah pasti jadual oncall dan KIV list of operations, problems perlu diselesaikan. Kalau boleh nak bercuti dahulu  maklumlah cuti sekolah. 

Tetapi pulang yang hakikat ialah pulang ke pangkuan Ilahi.  Bila, bagaimana,  di mana tidak dapat diketahui. Semoga pulangnya kita nanti kita membawa satu semangat baru, mood baru, dan impaks wukuf akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Pulangnya kita nanti ialah pulang seorang yang telah diampun dosa. Putih bersih... mampukah kita memeliharanya atau kita datang lagi untuk membersihkannya semula...

Peluang bertawaf masih ada.. terimakasih pada sahabat yang saling ingat-mengingati. Jemaah sudah berkurang.

Jadi kita mestilah berhati-hati memelihara ketaqwaan kita. Saidina Umar pernah menyatakan bahawa ketaqwaan itu ialah seolah-olah kita lalu di satu jalan yang penuh ranjau dan duri dan kita berhati hati melangkah melepasi rintangan tersebut. THORIK-THORIK




Di waktu subuh amatlah sejuk… 18C seperti suhu dalam bilik berhawadingin. Jubah yang dipakai tidak lagi sesuai kerana nipis. Jemaah berkurangan . Sejuk batu…terasa sampai ke tulang terutama bila angin bertiup di dataran tawaf.  Terpaksa melakukan tawaf hampir dengan kaabah…bersesak-sesak satu keselesaan. Terasa panas dari bahang badan mat afrika , mat India dan mat pakistan. Kawasan hajr al aswad  lagi panas (masih berebut lagi walaupun jemaah dah berkurangan) .Tak dapat dibayangkan di Medina suhu selalunya lebih sejuk kurang sekitar 8-10C dari Makkah ( Berbeza dengan panas).


errrrrrrr........mengigil


No comments:

Post a Comment