Wednesday, November 30, 2011

wida'.........Tetamu Allah

Asalamualaikum.

Cuaca di tanah suci semakin sejuk.(18-20 C di sebelah pagi). Kedai di sepanjang jalan sudah mengeluarkan jubah-jubah musim sejuk. Pertama kali saya terserempak dengan jubah berbulu di bahagian dalamnya.

Jubah berbulu... bulu apa ye...macam bulu orang utan je

Saudagar Jubah....


Semalam saya bersama rakan-rakan di beri tanggung jawab membawa pesakit yang baru dikeluarkan dari hospital arab , ke Maddinatul hujjajj Jeddah. Perasaan amat gembira seorang pesakit ialah dapat pulang ke tanahair. Terasa bagaikan seketul batu yang menghempap kepala.. telah diambil. Kami beri sedikit ubat penahan sakit agar berasa lebih selesa dalam perjalanan dengan jarak lebih kurang 70km. Selepas asar kami bertolak. Disebabkan masalah kesihatan tawaf wida' dikecualikan. Pihak hospital menyantuni beliau dengan menghantarnya untuk   "melambai "di masjidul haram. Saya terpinga-pinga... nak melambai di mana ambulan bertutup sukar untuk memandang keluar.

Pesakit tersebut mengalami masalah kaki dan telah menjalani pembedahan di hospital arab. Bersyukur atas nikmat Ilahi yang memberi kekuatan dan sehat tubuh badan terutama semasa berada disini. Ustaz yang mengajar ada berkata , di antara doa-doa beliau ialah kuatkan kaki semasa di tanahsuci agar boleh ke sana dan ke mari dengan mudah.

Apa yang tersentuh perasaan saya ialah  pesakit tersebut tertanya tanya di mana Masjidil Haram ." saya nak ucap selamat tinggal, belum tentu saya boleh ke mari lagi dengan keadaan kaki saya begini".

Pemandu ambulan memasuki kawasan Masjidil Haram dan mengarahkan pintu kenderaan menghala pada masjidil haram agar pesakit tersebut dapat memerhati, melambai dan berdoa seketika.
Sebahagian dari Marwah kelihatan


Hanya inilah yang dapat pesakit tadi lihat sebelum berangkat keluar dari Makkatul Mukarramah. Dengan doa dan linangan air mata beliau mengangkat kepala melambai-melambai rumah Allah. Semoga Allah memakbulkan pemintaannya.Allah bangga dengan tetamunya yang bersusah payah, berdebu dan kurus kering datang ke tanah suci ini.

Dalam lamunan di dalam ambulan kawan bertanya nak beli jam apa ya nanti selepas waktu kerja?

 Yang mana satu nak pilih ni ..Tissot, Titan, Lyzer,Seiko, Edifice.......

Saya kurang arif cuma saya boleh syorkan....beli yang dibawah ni...









Sebelum kembali ke HQ,  kami mencuba pembasuh mulut di bawah 
( Best Laxative). SR 5.

Tuesday, November 29, 2011

Eh dah nak balik dah....

Beberapa hari lagi pusat rawatan Syisha ini akan melabuhkan tirainya dan kami akan berangkat untuk transit seketika atau bekerja seminggu di Jeddah atau di Medina.


Kecerian terserlah di raut wajah masing masing petanda masa untuk pulang telah tiba. Makin kerap tergambar wajah anak isteri suami yang tidak sabar lagi menunggu terutama bagi mereka yang asyik membelek hadiah.

Kasut ni ada waranty 2 tahun.....walaubagaimanpun tapak kaki kami pecah-pecah kerana banyak berjalan kerana Allah...

Untuk anak -anak PSP ni ... sebelum tu ayah main dulu. Waktu solat kena jaga
Siang malam asyik membelek hadiah.
Walaubagaimanapun kami masih lagi sibuk mengemas peralatan hospital . ada yang perlu disusun semula.. dibungkus untuk persedian bagi musim haji akan datang.

Automated BP set



Katil dibungkus

Tilam disusun


Motorsikal pun kena bungkus...

Diantara ubat-ubat yang mahal di hospital ini perlu diselengara... Oksigen.





Hj Aznor.. sentiasa dalam D"drive" mode, buka dan tutup klinik maktab, bekerja diwaktu petugas dalam "sleep" mode... tetap ceria sehingga saat akhir.















Di Hospital ini saya banyak merakamkan riak wajah gelagat sahabat-sahabat petugas perubatan yang sentiasa tersenyum, tak tahulah apa yang difikirkannya......tak semua perlu dipaparkan.

Waktu berehat kami akan makan bersama mengalas perut… kami mencuba Tamis dan Fuul. Ia adalah makan kegemaran ku. Cuma tabiat orang melayu ni akan  basuh tangan sebelum makan … aku telah berada di Mesir kadang-kadang terikut cara rakan-rakan Mesir basuh tangan selepas makan.


Diwaktu rehat segala jenis roti kami cuba.. termasuk tamis Afghan dan Yemen

boleh habis ke..

    Kacang fuul itu direbus lama dan dicampur dengan minyak zaitun.. Makanan yang berkhasiat ( makanan yang sehat untuk jantung)

   Sup kaki kambing sesuai dimakan seminggu sebelum kembali... sekarang ini amat sesuai ketika cuaca dingin. Sesetengah petugas tidak sanggup makan kerana  terbayang kaki kambing itu bergerak-gerak (peliknya sup kaki ayam, ekor lembu makan).
 

Aiskrim buah yang paling terkenang ialah dari kedai Asir yemen di Taiba ini. Kepingan buah-buahan sperti epal, pisang, strawberry, anggur dan kiwi di dalam kisaran avacado yang berlemak bercampur dengan kisaran mangga dan buah delima. masyAllah.. haza min fadhli rabbik.

Seronok menyeduk apakah yang ada di bawah.........


Agaknya yang istimewa di Malaysia pun begitu juga menyediakan persiapan bagi menunggu kepulangan kami.Yang sudah pasti jadual oncall dan KIV list of operations, problems perlu diselesaikan. Kalau boleh nak bercuti dahulu  maklumlah cuti sekolah. 

Tetapi pulang yang hakikat ialah pulang ke pangkuan Ilahi.  Bila, bagaimana,  di mana tidak dapat diketahui. Semoga pulangnya kita nanti kita membawa satu semangat baru, mood baru, dan impaks wukuf akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Pulangnya kita nanti ialah pulang seorang yang telah diampun dosa. Putih bersih... mampukah kita memeliharanya atau kita datang lagi untuk membersihkannya semula...

Peluang bertawaf masih ada.. terimakasih pada sahabat yang saling ingat-mengingati. Jemaah sudah berkurang.

Jadi kita mestilah berhati-hati memelihara ketaqwaan kita. Saidina Umar pernah menyatakan bahawa ketaqwaan itu ialah seolah-olah kita lalu di satu jalan yang penuh ranjau dan duri dan kita berhati hati melangkah melepasi rintangan tersebut. THORIK-THORIK




Di waktu subuh amatlah sejuk… 18C seperti suhu dalam bilik berhawadingin. Jubah yang dipakai tidak lagi sesuai kerana nipis. Jemaah berkurangan . Sejuk batu…terasa sampai ke tulang terutama bila angin bertiup di dataran tawaf.  Terpaksa melakukan tawaf hampir dengan kaabah…bersesak-sesak satu keselesaan. Terasa panas dari bahang badan mat afrika , mat India dan mat pakistan. Kawasan hajr al aswad  lagi panas (masih berebut lagi walaupun jemaah dah berkurangan) .Tak dapat dibayangkan di Medina suhu selalunya lebih sejuk kurang sekitar 8-10C dari Makkah ( Berbeza dengan panas).


errrrrrrr........mengigil


Teruskan berdoa di bumi mulia ini....

Asalamualaikum...jika anak -anak ku baca.. baba nak tanya pergi masjid tak?
Mahu bekerja hari ini, kurang bersemangat kerana melihatkan pesakit tingal beberepa orang lagi dan mereka hanyalah menanti tarikh untuk di hantar menunaikan tawaf wida sebelum berangkat ke Jeddah atau Medina.. Aku masih menunggu giliran.. rasanya akan menutup hospital ini kerana nama masih belum terpilih lagi…kemungkinan dipeluang lagi untuk ke masjidil haram . Masing-masing dibilik memeikirkan apakah hadiah istimewa untuk yang istimewa… ada yang beli jam, kasut, buah-buah, periuk, Hphone, perfume. Dengan sedikit maklumat mengenai perfume dapatlah menunjuk ajar apakah dia eu de toilette, eu de parfum atau interparfum..dan original atau darichina. Banyak perfume tidak original dibeli… boleh pakai tetapi baunya hanyalah seketika

Hasrol Has , pakar IT (Wiz Kid) , Cikgu Blog .. meminati 212 ..
























Pakar ETD , Dr Khairul dengan Jubah anaknya (Pakar memilih dan menawar)... Beliau selalu berkata " harap-harap orang pakai apa yang dihadiahkan..'



… dalam kesibukan menyedia membungkus barang-barang  aku harap perasaan terhadap Makkah medina sentiasa segar.
 Perlu bahan bacaan agar sentiasa segar. Terbaca saya akan doa-doa Nabi Ibrahim kepada Allah SWT,dan juga sedikit gambaran terhadap Hari Kiamat kelak.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.   [14:35-52]


Jemaah Nigeria, masuk tawaf ala tentera...mereka benarkan aku join group dia..laju ikut rentak dia... kemudian aku tinggalkan kerana banyak langgar orang..


" Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat). "


"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.




















Buah delima Taif memang yang terbaik. rasanya manis dari yang lain tetapi harganya ada yang mencecah  12 riyal sebiji...





"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah!

"Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan.


Terkenang pada anak-anak apa sahaja akan dibawa balik.....CYCLOPS

Kasut dari kulit antelope dari Brasil pun akan di bawa balik...(waranty 2 tahun)

Butiran tasbih menjadi pilihan cenderahati

Kopiah rotan dari Indonesia pun menjadi pilihan.....(melekap atas kepala tak jatuh waktu rukuk) 
Carpet juga menjadi pilihan...masalahnya  bagaimana caranya dibawa pulang. Boleh terbang ka? ( boleh.. Pos Malaysia...RM14 sekilo)


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Bapa-bapa(petugas perubatan ) sedang menunggu bas di hospital untuk menunaikan tawaf wida di mana mereka akan berdoa agar dipanggil kesini lagi dan doa terakhir untuk anak-anak isteri ahli keluarga... (Giliran Blogger akan sampai)

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).


(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).


" Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?

"Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-buKti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana), dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)".

Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.
Di atas bukit pemanah , di belakang Jabal uhud yang menyaksikan peristiwa hebat Perang Uhud mengorbankan ramai pejuang Islam. Kelihatan maqam syuhada termasuk Syaidina Hamzah



" Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya). "

(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu.



Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka.


(Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.




(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.

Sekadar berpesan pada diriku yang sentiasa lupa....Di masa ini bertugas sibuk mengumpul beg untuk pulang

Monday, November 28, 2011

Ubat-Ubat Mecca....

Arahan kena tepat.. tak semua jemaah boleh faham dengan betul...terpaksa guna segala jenis kaedah yang kreatif agar rawatannya lebih berkesan... Pakcik ni saya terpaksa tulis dengan gambar.... dia kena cirit birit.( gambar tandas)


 Klau yang tak boleh baca rumi.. kena tulis jawi..

Kalau masalah period perlukan pil penahan , penangguh, pencepat terpaksa tulis betul-betul.. tarikh nya sekali



Yang di bawah ni sayur ulam Gergel kegemaran aku.....makanan istimewa dari zaman firaun( Patut lah dia tak pernah sakit....Istidraj la)
Semasa di Madinah saya diberitahu bahawa herba ni boleh memudahkan proses bersalin,. Saya tidak arif bagaimana cara penggunaannya... bagi saya kalau dah tak boleh , caesarean section .

An apple a day ,your cough will go away..... Pesakit masih pilih ubat batuk semasa di Mina tempohari

Buah Kurma ada bermacam jenis... saya memangmengalakkan jemaah memakannya.....Sumber tenaga yang paling cepat.... Siti Mariam mengambilnya sewaktu melahirkan Nabi Allah Isa alaihisalam..
Tapi kalau ada orang tawarkan air ubat dengan cara rendam cincin macam ni... tolong jangan terima terutama kalu dipakai di jari kiri..... dikuatiri(E-COLI)

Walaubagaimanapun  ubat rindu saya ialah ...skype