Tuesday, February 21, 2012

Terkenang lagi 5.........MIna & Peperangan Bola Cat

Asalamulaikum.

Kehadapan sahabat yang mengikuti blog saya yang semakin kepupusan pencetus idea. Atas dorongan sahabat, saya terpanggil kembali ke alam cyber.

 
Kisah kali ini mengenai pengalaman di Mina...

Mina merupakan sebuah lembah padang pasir yang terletak sekitar 5 kilometer dari kota Makkah, Arab Saudi. Mina paling dikenali sebagai tempat pelaksanaan ibadat melontar jamrah dalam ibadah haji. Selain itu, di Mina juga menjadi tempat penginapan bagi jutaan jemaah Haji.


Di sini terdapar tugu jamrah, iaitu tempat pelaksanaan ibadat melontarkan batu ke arah tugu jamrah sebagai simbolisasi tindakan Nabi Ibrahim a.s. ketika mengusir syaitan yang cuba menganggu baginda menjalankan ibadah qurban iaitu menyembelih putera kesayangannya sendiri iaitu Nabi Ismail a.s. Di sini terdapat tiga tugu yang digunakan untuk ibadat melontar iaitu Jamratul Aqabah, Jamratul Ula, dan Jamratul Wustha.



Di tempat ini jemaah Haji diwajibkan untuk bermalam ketika musim haji berlangsung dalam bulan Zulhijjah.


Sudah menjadi kelaziman dengan membawa pesakit, saya menaiki bas pertama dari Muzdalifah. Sesampai sahaja di Mina. Pesakit di turunkan dan di letak di khemah masing-masing. Khemah petugas perubatan terletak berhampiran dengan rombongan kebajikan. Sebelah khemah pengurus maktab. Sebelum menunggu subuh sempat mencari ruang untuk hak mata... tidur seketika. Dengan masih berihram kami menunggu arahan dari ketua rombongan perubatan untuk pergi melontar jamrah  di Aqabah dan bertahlul awal.


Bas-bas tidak putus membawa jemaah sehingga hampir tengahari 10 dzulhijjah.. masyaAllah, rombongan terakhir bergerak apabila terbit matahari yang terik..Hajjan Mabrur... Saya di arahkan pergi melontar diwaktu dhuha ( Sunnah nabi), keadaan jalan berpusu-pusu.. perjalanan hampir 8km pergi dan balik tidak terasa.



 ... ada yang berjalan laju, ada yang berjalan perlahan-lahan, ada yang berhenti sebentar keletihan, berkelah ditepi jalan, mencari-cari saudara yang hilang, tidak kurang juga yang jalan dengan  terpinga-pinga... Kali ini perjalananku di sulami dengan memori ayahanda yang telah pulang kepangkuan Ilahi...



Perjalanan ke tempat melontar dari kawasan perkhemahan Malaysia di Muasem terpaksa melalui trowong Muasem yang menyimpan sejarah di mana ramai jemaah malaysia meninggal kerna kesesakan pada tahun 1991. (Saya berada di sana pada waktu itu dan syukur kerana tidak terlibat.) Pada tahun 2008, pertama kali berkhidmat dahulu, bila melalui trowong tersebut terasa seperti terdengar jeritan jemaah yang tersepit... tetapi sekarang sudah ada 2 trowong dan risiko dirempuh dan kesesakan dapat diatasi .



Jamrat


Bagi jemaah malaysia, majoriti mampu sampai ke tempat melontar untuk 3 hari dan ada yang berjalan kaki kembali ke Mekah( maklumlah jalan kaki leih pantas dari menaiki bas.)Tetapi ada segelintir kecil yang tidak mampu dan di upah sahaja kepada yang mampu menerima tanggung jawab. keputusan untuk melontar di jamrat menjadi kelaziman diserahkan kepada doktor petugas samada mampu atau tidak berdasarkan rekod kesihatan jemaah.



 Ada berusaha sedaya upaya meminta doktor mengesahkan ketidakupayaan mereka agar dikecualikan oleh guru agama dari melontar. Tergambar satu kelegaan jemaah tersebut bila saya lafazkan.. " Tuan haji tak sehat  bahaya kalau berjalan jauh... nanti boleh mendapat serangan jantung". Guru agama ada yang menegur saya.. " Doktor..! Tuan tuan haji tu mampu berjalan bershopping-shopping sekitar masjid haram... macam mana pula doktor tak benarkan...?. saya keliru.. Wallahu a'lamu.

Walaubagaimanapun saya berjumpa dengan jemaah yang mengidap kegagalan jantung kongestif(CCF) sanggup berjalan kaki dipimpin oleh isteri berulang-alik ke jamrat secara senyap-senyap walaupun telah dinasihat oleh doktor agar hanya berehat dan mengupah sahaja ibadat melontar. Beliau berkata... jika ditakdirkan saya mati dalam usaha melakukan ibadat ini adalah lebih elok dari saya mati dalam keadaan berehat.....masyaAllah.


Ada dikalangan VVVIP datang melontar dengan helikopter yang turun di atas  menara di belakang saya. Sesungguhnya insan yang paling mulai ialah insan yang bertaqwa VVVTP( very very very taqwa person). Dan ini adalah hotel yang paling terdekat dengan Jamrat..

 

 

Syukur ke hadrat Ilahi, jemaah haji Malaysia memang tergolong dalam kumpulan jemaah yang bernasib baik berbanding dengan jemaah dsri negara lain. kekadang atas kesenangan itu, sedikit ujian mungkin akan menyebabkan mulut kita mudah mengeluarkan kata-kata kesat dan tindakan kurang sabar. Kita diuji dengan kesenangan... MasyaAllah . Ada jemaah dari negara lain datang ke mina tanpa khemah khas, bilik air yang khas dan makan bergantung atas makanan sedeqah, sabeel. Ada yang memikul ibu mereka , ada yang merangkak dengan penuh debu, ada yang meninggal dalam perjalanan.... Allahu Akbar.

Bukan Maheer zain tapi kawan saya al hafiz dari mesir yang bekerja di Malaysia


Secara kebetulan saya berjumpa dengan seorang arab dari Mesir yang berkhdmat sebagai guru agama di sekolah agama berhampiran dengan Kuala Pilah, di klinik tempat maktab saya bekerja. Guru agama maktab yang berkhidmat bersama saya bekerja dengan guru dari Mesir tersebut. Isteri ( Orang Mesirt juga) beliau adalah pesakit saya dan kerap hadir di klinik saya atas sebab kesihatan sewaktu hamil di Malaysia. Saya kagumi orang Mesir tersebut, cekal tabah dan sentiasa bertawakal dan tidak mudah marah.. Guru Mesir tersebut datangf menunaikan haji dengan usaha sendiri tanpa melalui Tabung haji Malaysia. Beliau datang dengan visa Haji yang diurusnya sendiri dan datang kes tanah suci dengan budget yang paling minimum. Beliau menceritakan bahawa beliau hadir ke sini adalah nikmat yang paling besar berbanding dengan Jemaah Malaysia yang paling istimewa terurus dengan baik, tempat tinggal yang jauh selesa dan bantuan kesihatan yang baik dengan bekalan ubat yang terbaik. Beliau terjumpa dengan rakyat Mesir di Mina yang ditipu oleh pengurus haji dari Mesir. Sesampai sahaja Jemaah Mesir tersebut  di Mekah. Semua janji adalah palsu. Hotel tiada,makanan tiada, kenderaan tiada dan tempat tinggal di Mina palsu. Jemaah tersebut telah membelanjakan lebih kurang 35000.00 pound. Mesir. Bayangkan anda ditipu sedemikaian ditengah jutaan manusia. Kita perlu lebih bermuhasabah.. Guru tersebut tidak terlepas dari sakit demam. Saya lihat  ubat yang beliau bawa adalah ubat untuk dos kanak-kanak yang dikongsi bersama dengan teman serumah beliau. MasyAllah. Ada Jemaah yang melemparkan ubat di depan saya kerana diberi panadol  sahaja. Syukurlah kita mempunyai pasarana yang hebat dan sellalunya kita tenggelam dalam lautan nikmat. Astaghfirullah.

Bercakap dengan pasal orang Mesir, sukacitanya saya hendak maklumkan bahawa saya akan berangkat ke Mesir untuk majlis Konvokesyen ( Mengambil sijil  asli yang bertarikh 1994). Saya akan kemaskini blog ini dengan maklumat musafir saya agar dapat memberi panduan terutama yang hendak menziarahi Mesir setelah menunaikan umrah. Insyaallah
Keadaan Di mina memang penuh sesak dengan berbagai bangsa, rupa dan warna. Jemaah Malaysia ditempatkan dikhemah-khemah kalis api dan berhawa dingin.. Walaupun Bandar ini hanyalah Bandar 3 hari tetapi ia adalah tempat mustajab Doa



Bandar 3 malam





Merancang untuk ke tandas agar tidak menunggu lama...

Gambaran di luar khemah... Jemaah Malaysia selalu tersesat . Pasti anda ingat penanda khemah...cth gunting, tembikai... dan maktab berapa..

Penghawa dingin di khemah amat sejuk jika talaan menghala kepada muka. Ana sertakan gambar yang mengembirakan anak-anak di mana bila saya melihat pesakit, saya tutup mulut. Bila mengantuk dan sudah semestinya tidak boleh tutup lampu diklinik , mask diguna untuk tutup mata dan jika kepala terasa sejuk disebabkan kekurangan rambut, mask tersebut pun boleh menutup ubun ubun juga....



Bekerja terus menerus..... kena pakai mask sentiasa



Kekadang tiada pesakit... aku terlelap

Kalau kepala sejuk.... pening kepala...


Ini adalah doa yang boleh sentiasa dibaca di dalam khemah agar boleh mendapat keberkatan sepanjang tempoh mabit di sana.



Saya selalu meninggalkan  Mina dengan rombongan terakhir... sebelah malam. Kalau diperhatikan sungguh sunyi dan terlintas rasa hati .. bilakah lagi aku akan berada di sini.... bumi yang barakah ini..


Bas yang sedang meninggalkan MINA....mungkin kah ini Mina terakhir bagiku....




Dikesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari jadi pada 3 orang anak saya . FARAH HANNAN yang berusia 7 tahun pada 28 Januari.
kenapa orang letak lilin atas kek ...?


Kenapa letak satu lilin je baba....

 FATEHAH EZZATUNNUR 14 tahun pada 3 Februari yang lepas....
Fatehah membesar sekelip mata....


 dan MUHAMMAD FURQAAN , 13 tahun pada Maulud Nabi Yang lepas.. Dan sebagai Hadiah harijadi  dan berjaya memasuki SMKA PEDAS. Saya bawa beliau berperang  dengan Paint Ball bersama dengan Jemaah masjid Yam Tuan Raden Kuala Pilah setelah selesai aktiviti masjid tempohari.

Ada 100 peluru.... perlu berjimat cermat...ada yang kutip peluru yang tak meletup.

Hayya alal jihad......


Seluar sukan tidak cukup tebal.....


Juara  Menanti......tidak pada kali ini



Kumpulan saya telah menang dengan menggunakan tektik kotor  mencuri bendera yang diletakkan di tengah medan pertempuran. Dalam peperangan tipu muslihat dibenarkan. Saya telah memikul " sheild" iaitu pintu terpakai dan penutup tangki seolah-olah seperti kereta kebal bergerak merempuh masuk ke medan petempuran. Serangan yang kedua kami mengelirukan pihak musuh dengan menghantar 2 penangkis peluru dan mencuri bendera dari sisi.  Segala undang undang permainan tidak dapat dipatuhi sepenuhnya kerana kami berada di tahap kegembiraan yang maksimum, seronok menembak musuh lawan yang sebenarnya kawan. Saya mengalami beberapa kecederaan di kepala dan kedua belah tangan dan tidak tahu dari mana sumber, kawan atau lawan. Keseronokan dan ikatan ikhwah mengatasi kesakitan lebam-lebam yang dihidapi. Kesakitan datang kembali apabila kembali ke rumah menagih kasihan.

Kami berlainan kumpulan... Furqaan tidak putus putus menembak saya..belaiu meminta saya belikan tambahan peluru.


Kepala yang terkena tembakan curi... terasa pedih dan lebam ...kerana rambut jarang, kesakitannya lebiih dari mangsa lain.  Akan datang saya perlu memakai topi combat atau serban.


Walaupun memakai topeng muka, kepala tidak terlepas dari peluru sesat. Masalah bila muka terkena tembakan.. penglihatan akan pudar kerana pewarna oren, jadi bawa kain buruk untuk membersihkan secepat mungkin dan mengelak diri dari dikeluarkan dari medan kerana dikira mati.. sapu cepat cepat... dapat hidup lama....( Strategi)



Meraikan kemenangan dengan komen imam..... Bulan depan ramai yang akan datang qiamulail...pasal nak berperang dengan bola cat..(paint ball)
Wallahu A'lam......
 
Mesir ...aku akan  datang kepada mu..!!!


No comments:

Post a Comment