Monday, December 10, 2012

CUTI SEKOLAH, TENNIS, LEGOLAND, HAFAL QURAN

10 DECEMBER 2012...1153pm

ASSALAMUALAIKUM

Hampir setahun tidak mengemaskini blog saya..Sibuk? oh tidak sebenarnya kegagalan untuk mengurus masa.


Bercuti dengan keluarga di grand LEXIS Port Dickson... tepanggil untuk ,emgemaskini Blog yang dah lama tidak diusik.

Banyak aktiviri yang telah saya lakukan semenjak pulang dari mesir terutama siri memberi ceramah kesihatan  kepada bakal haji. Berpeluang  mewakili Negeri sembilan untuk Sukan Kementerian Kesihatan di Sabah yang berlansung pada awal julai yang lepas.Pertama kali saya memasuki Final dalam acara sukan (Tennis), selama ini Final yang saya pernah masuk hanyalah Final Exam.


Pingat Perak



 Salah sebuah masjid yang saya ceramah, terperanjat saya bila ahli jawatankuasa masjid tersebut memarahi sidang hadirin kerna enggan memastikan pemergian ke tanah suci disebabkan masalah kecil seperti anak nak periksa, anak nak kahwin , belum bersedia dan kurang keyakinan. Mungkin teguran yang ikhlas menyebabkan ramai yang telah setuju dari 5 orang ke 50 orang. Walaupun tidak dipilih untuk ke tanah suci disebabkan pemotongan nama sewaktu pemilihan oleh DG namun suasana disana masih dapat kurasai terutama bila masuk musim haji . Biras saya sentiasa menghantar mesej bergambar dari tanah suci sepanjang kerja haji tempoh hari.


Che Omar sedang bermabit.... seolah-olah terasa angin di muzdalifah..


Dijemput juga untuk mengisi slot Khabar Haji Astro Oasis  dan rakaman telah dibuat pada 31 ogos yang lepas. Siarannya keudara pada siri yang sembilan menyentuh isu masalah sakit puan di kalangan jemaah haji wanita. Maaf jika anda menontonnya, penjelasan saya terlalu kabur atau keliru. Bersedia menerangnya kembali. Pokoknya kaedah fqqiyah/ syar ei sudah mampu mengatasinya.. haji qiran contohnya sebagai alternatif..Kaedah perubatan hanyalah sekadar mencuba dan tidak 100 % mujarab. Ramai yang bertanya samada saya menunaikan haji tahun ini dan ada yang bertanya " dr bila balik dari Mekah..?




Terbaru sewaktu hujan lebat  pada akhir november yang lepas ,seorang imam dari kampung berdekatan meninggal dunia setelah mengimami solat isyak di masjid tempat beliau bertugas,  dan sebenar beliau baru kembali dari tanahsuci pada awal paginya. Kembalinya ke pangkuan ilahi dalam keadaan seperti dilahirkan semula.... MasyAllah.

Saya ditegur kerana memakai Kupiah semasa Pembedahan kerana ditakuti mnedapat jangkitan silang. Sebenarnya didalam bilik bedah ramai pegawai yang memakai penutup kepala yang bergamabar Harley Davidson, batman, spiderman, topi jawa dan berbagai bentuk. kenapa Yang kupiah yang saya baru buka dari plastik yang saya beli di tanah suci mendapat double standard. yang menjadi keutamaan menutup kepala bagi lelaki dan memakai tudung bagi wanita.






Legoland Malaysia

Saya dibesarkan dengan permainan lego. Kunjungan ke tempat merasakan seolah-olah aku masih kanak-kanak.  Sewaktu menjadi penuntut pelajar perubatan saya masih mengumpul Lego tapi kembalinya dari Mesir pada tahun 1995 semua barangan lego telah di ambil saudara dekat seorang kanak-kanak Autism dan sukar untuk memintanya kembali.. Saya berharap ia dipulangkan kembali agar boleh say berikan kepada anak-anak saya . saya percaya brick lego tersebut masih tahan lasak , warna tidak pudar.

Perancanagn yang dibuat secara tiba-tiba ke Legoland Nusajaya exit 132 terletak 3 1/2jam perjalanan dari kediaman berbekal tiket murah di beli secara online.

Teruja dengan binaan legoland, pernah cuba memohon menjadi pembina tapi tidak kesampaian agaknya terlebih had umur agaknya. Detail landmark memang terserlah.



Bot-bot dan kenderaan bergerak sendiri mengelilingi bangunan. Kagum dengan detail binaan lego.


Teringat sewaktu kecil pernah membina kapal seperti di atas tapi skala yang lebih kecil. Aiport KLIA...



Detail pada bigboat ini memang menarik, kurang pasti akan kemasan di dalam bigboat tersebut. Bot penyelamat tersangkut ditepi turun naik dengan sendiri. Kolam mandi dengan pengunaan brick seperti air.



Pergerakan kargo tidak diprogram untuk membuat pemindahan yang lebih rumit. pemgunaan palang palang lego yang dibuat khas agar lebih kukuh.



Iklan dinding bangunan adalah dari susunan brick Lego dan bukannya sticker atau lukisan. Lihat detail pada kedai-kedai. Saya lebih teruja memerhati binaan-binaan ini dari menaiki "rides".


Jika membawa warga emas .. gunalah kemudahan keretapi. Ambil masa 10-15 minit menunggu giliran. Bawa payung... Panas tidak sampai kepetang.


Lego Minstorm.. Perisian Komputer membolehkan robot robot kecil Lego bergerak dengan arahan.  Waiting list terlalu panjang. Memang sungguh menarik. Minstorm set yang dijual jauh lebih murah dari diluar.


Minstorm Robotics sets

Lego initiated a robotics line of toys called 'Mindstorms' in 1998, and has continued to expand and update this range ever since. The roots of the product originate from a programmable brick developed at the MIT Media Lab, and the name is taken from a paper by Seymour Papert, a computer scientist and educator who developed the educational theory of constructionism, and whose research was at times funded by the Lego The programmable Lego brick which is at the heart of these robotics sets has undergone several updates and redesigned, with the latest being called the 'NXT' brick, being sold under the brand name of Lego Mindstorms NXT 2.0. The set includes sensors that detect touch, light, sound and ultrasonic waves, with several others being sold separately, including an RFID reader.
The intelligent brick can be programmed using official software available for Windows and Mac computers, and is downloaded onto the brick via Bluetooth or a USB cable. There are also several unofficial programs and compatible programming languages that have been made to work with the brick, and many books have been written to support this community



Terdapat 2 roller coaster.. Dragon rides ini lebih kecil dan pendek  berbanding dengan Roller coaster di belakang. Anak saya yang kecil hampir termuntah dengan pergerakan yang pantas. Pengalaman memeranjatkan ini membuatkan Farah Hannan terdiam sebentar dan ketakutan. 


2nd Roller coaster.....jom cuba.....


Hendak mencuba semua aktiviti memang mengambil masa menunggu giliran... bawa buku , snack untuk mengisi masa dan perut.Boleh bawa bekalan yang senag dibawa... kerana makanan yang dijual di dalam agak mahal.


4D movie selama 10 minit memang menarik. Terdapat 3 cerita dan panggung tersebut boleh memuatkan 300 orang untuk setiap sessi. Anak -anak memahami konsep 4 D. Kesan visual 3 dimensi dan kesan 4D rasa seperti seperti semburan air , angin yang kencang dan "snow flakes". Anak bertanya akan kesan 5D... saya rasa ialah 'bau"... jika cerita tersebut ada buah durian mungkin bau durian dapat dihidu di dalam panggung.

Surau...terdapat 2 surau.. mula masuk solat zohor dekat dengan pintu masuk, solat asar di bahagian akhir taman Legoland. Ramai yang berehat seketika meluruskan kaki ....



Water rides ini sesuai untuk tahap ketinggian 130cm ke atas. Tidak boleh membawa apa-apa barang ( boleh diletakan di kaunter simpan barang.) . Gambar ini saya ambil dari atas puncak sebelum menjunam kebawah. Ada yang memakai baju hujan dan perkiraan saya meleset dengan duduk di hadapan sekali tidak akan basah, rupa-rupanya saya basah kuyup. Jangan duduk di tempat depan sekali sebelah kiri.





Semua Lego bricks yang diletakan digam dengan kuat agar unta yang  ditunggang ini tidak berubah rupa atau tercabut salah satu .


Pharaoh rides ini kurang menarik .. tiada banyak binaan Lego didalam nya yang menarik.






Hujan sudah mula turun dan binaan Lego tahan berhujan. Warna kurang meluntur cuma kulat dan lumut akan mula hinggap. Hebat binaan " forbiden city ini dengan kesan khas air hujan sperti suasana di sana rasanya.


Bandar ini di bangun dengan kemasan yang menarik.


Memang dari kecil saya meminati kapal Lego " Pirate".. tetapi yang di atas ini tidak ada dijual dikedai.


Bawa payung atau baju hujan... baju hujan dari palstik nipis ini berharga RM15 setiap satu( Ada cop Lego)

Boleh tengok 4D movie kesemuanya.... tidak membosankan




Hari masih hujan , aktivii indoor keluarga yang paling saya hargai ialah membina binaan Lego dan boleh mengujinya, cuma berebut bahagian bahagia lego seperti roda. Saya cuba mendapatkan roda untuk melengkapkan model kami tetapi tidak berjumpa.



Akhirnya kami membina model helikopter.. kipasnya boleh berpusing.

Dan kami letakan di sini....
Cuba lihat kedai-kedai ditingkat bawah. Bot bot di atas diprogramkan untuk menyusuri waterfront.



Bandar Johor



Sure heboh. Patung-patung Lego mencerminkan suasana Malaysia..cthnya bertudung. Kalau diperhatikan setiap satu patung kecil 5-6cm berbeza bentuk. 

Close up.....

Penggunaan rumput carpet menyerikan hiasan.. Saya kurang pasti mereka membersihkan celahan celahan detail binaan Lego ini.

Masjid Putrajaya .. skalanya terlari sedikit..Lego boleh diubah setiap masa.. Kalau boleh hendak membina rumah skala norma menggunakan lego...cuma ianya boleh terbakar dengan cepat..Gazeebo mungkin lebih praktikal..
Masih belum puas.. ujar anak-anak ketika pulang. Kami telah berada di Legoland dari jam 12 tengahari sehingga 730 malam ( 3 solat fardhu)..


Saya lebih meminati Lego Technic..http://technic.lego.com/en-us/Default.aspx



Bila nak siap ni baba....




V8 engine...


Bila dah mula sukar untuk berhenti dan terasa muda kembali.......



Absorber ....





12 jam baru siap..... hanya berhenti makan dan solat.


Model terbaru dalam koleksi Lego Technic ..sanagat menarik dengan motor yang boleh mengerakkan pintu, penutup enjin ,mengerakkan spoiler serta pergerakan lancar bongkah engin V8.


The Lego logo Sejarah Lego ada di sini  http://en.wikipedia.org/wiki/Lego

The Lego Group began in the workshop of Ole Kirk Christiansen (born 7 April 1891), a carpenter from Billund, Denmark, who began making wooden toys in 1932.[1] In 1934, his company came to be called "Lego", from the Danish phrase leg godt, which means "play well".





Hebatnya Lego ukuranya adalah sama dan tepat. Tiada masalah brick yang tidak boleh dipadankan.Sebenarnya banayak syarikat jub meniru lego seperti Coco Toy(China), Megablock (Canada), Best Lock Toy( England) tetapi kesemuanya di saman Lego.

Lagi model boleh didapati di eBAY......




Terlalu asyik dengan Lego......
















Untuk mengimbangi musim cuti sekolah dari dibuang masa begitu sahaja......Kita ajak anak-anak menghafal ayat-ayat al-Quran dan Al Hadis sedikit demi sedikit. PLAY WELL....

Saya terima email ini dari sahabat lama dan saya  mempunyai kenalan sewaktu di Mekah seorang petugas haji yang megunakan teknik yang sama pada anak beliau
:
TEKNIK MUDAH HAFAZ AL-QURAN

> LANGKAH-LANGKAH

> 1. Perbetulkan bacaan

> 2. Melihat terjemahan

> 3. Menghafaz

 • Tentukan blok tahap min ingatan untuk 5 ulangan bacaan.
 • Baca atau dengar ulangan 5 kali blok yang dibentuk sehingga ingat,
 sekiranya tak dapat ingat tolong ulang balik langkah ini.
 • Bila blok tersebut sudah ingat, pastikan ianya diulang dalam bentuk
 hafaz sebanyak 3 kali diulang.
 • Blok seterusnya dilakukan seperti langkah sebelumnya.
 • Pastikan sebelum masuk ke blok seterusnya semua blok2 yg dihafaz
 pada hari tersebut diulang sebanyak 3 kali.


Program pondok singkat di NAHDOH 18november-1december 2012 di Penanti Penang

> 4. Tasmi’



 • Pilih kawan yang dapat membantu pengesahan betul dan lancar hafazan
 yang dihantar.
 • Sekurang-kurang2nya hantar tasmi’ ialah 5 baris atau 1/3 muka surat
 dan sebaiknya cuba untuk 1 ms.
 • Kesalahan dikira pada makhraj, baris, tajwid dan lancar.
 • Kesalahan 1…2…3 perlu ditegur dan dibetulkan. Masuk kesalahan ke 4
 minta berehat dan ulang balik supaya mantapkan dan hantar tasmi’ lagi.

> 5. Muraja’ah jadidah ( mingguan )



 • Pastikan semua ayat-ayat yg sudah dihafaz pada minggu tersebut
 diulang setiap hari sebanyak 3 kali.
 • Kesalahan 1…2…3 perlu ditegur dan dibetulkan. Masuk kesalahan ke 4
 minta berehat dan ulang balik supaya mantapkan dan hantar tasmi’ lagi.

 6. Murajaan qadimah ( semua yg dihafaz )

 • Pastikan semua ayat-ayat yg sudah dihafaz , semuanya diulang setiap
 hari sekurang-kurangnya 1 kali ( ini hanya untuk tempoh percubaan
 selama 30 hari, selepas ni bila sudah banyak ayat2 yg sudah dihafaz
 akan dibuat blok2 murajaah dimana sekurang2nya 1 juzuk bagi muraja’ah
 qadimah)


> PERLAKSANAANNYA


 1. Hafaz ikut ustaz/pembimbing. Pendekatan ini sangat sesuai utk
 mengajar anak2 atau sesiapa sahaja yg masih tak boleh membaca al-quran.
 2. Hafaz berseorangan.
 3. Hafaz berpasangan 2 orang.
 4. Hafaz dalam kumpulan yang tidak melebihi 5 orang

> KESILAPAN-KESILAPAN


 1. Terlalu cepat nak habiskan sehingga timbul rasa jemu.
 2. Agehan blok yang panjang menyebabkan sukar untuk mengingat.
 3. Tasmi’ yang tidak sempurna. Jangan jemu bila diminta mengulang
 balik kerana tidak sempurna. Kealpaan di sini akan menyebabkan hafazan
 cacat dan tak sempurna pada fasohah, tajwid dan kelancaran.
 4. Jangan hanya tumpu pada hafaz dan tasmi’ sahaja. Kelalaian di sini
 menyebabkan apa yang dihafaz tak ingat.
 5. Tidak menghiraukan sedikit kesilapan pada fasohah dan tajwid serta
 kelancaran ketika murajaah.
 6. Muraja’ah jadidah dan qadimah adalah ramuan yg tak boleh
 sekali-kali diabaikan. Di sinilah punca sebenarnya ramai yang gagal dalam menghafaz al-quran.


> 3 AGEHAN MASA HARIAN YANG SANGAT PENTING

 1. Betulkan bacaan, menghafaz dan tasmi’.
 2. Murajaah jadidah.
 3. Muraja’ah qadimah.

 Semoga Allah swt mempermudahkan niat dan hasrat murni kita untuk
 menghidupkan al-quran dalam hati dan kehidupan seharian kita…insyaAllah.

Terimakasih untuk Ustaz Sobri Saad.........PRAY n PLAY WELL


Remote control
http://technic.lego.com/en-us/Designers/Default.aspx