Monday, January 23, 2012

Masih terkenang..... 4( masalah ginekologi hajjah)

Asalamualaikum

semoga dirahmati Allah semua pengunjung. Maaf atas kekurangan dan kelewatan keran gagal membahagi masa....

Setelah menamatkan saei  umrah tempohari saya bergegas ke bahagian belakang marwah di mana terdapatnya deretan kedai gunting untuk dicukur kepala. Waktu itu sudah hampir masuk waktu maghrib dan kebanyakan tukang gunting berkemas hendak menutup kedai.. Walaubagaimanpun mereka masih berebut pelanggan termasuk saya.


 Mereka memanggil dari jauh. Saya memilih kedai mengikut gerak hati saya. Apa terjadi semasa saya memasuki kedai tersebut, mereka terus mengunci pintu dan menutup penyaman udara, membaluti saya dengan kain putih, menyembur air, mencukur rambut dan salah seorang tukang gunting memadamkan lampu (kerana azan telah berkumandang).

Dicukur sewaktu umrah dahulu... lokasi yang sama. Hanya 3-5 min ...licin. 10 -15 riyal shj

Kerana takutkan polis kerana berniaga  semasa waktu solat kepala saya di korbankan. Luka dan calar kepala  ditutup dengan lapisan bedak. Geram juga mulanya. Tetapi memujuk hati bahawa setiap helai rambut yang gugur maka gugurlah dosa ... tetapi bagi mereka yang botak..apa yang digugurkan.?

Petugas Kebajikab dab Perubatan Maktab 92 Jawharat al Khazindar Ajyat Mekah
Saya  mula bekerja dengan mode tahun baru atau mode baru selesai haji. Bekerja dengan kepala yang masih tidak berambut.

Masih tiada pilihan, terpaksa rasanya menandatangani borang SBPA walaupun masih terpinga-pinga.Tangga gaji masih tiada perubahan yang mendadak hanya pertambahan sebanyak RM 100 + sahaja. Manakala pegawai di bawah jagaan saya gaji sudah menyamai saya. Pergerakan gaji saya sudah melanggar dinding. (maksimum) tiada pergerakan gaji yang drastik. Syukur kehadrat Ilahi kerana ada pergerakan di kalangan doktor pakar sedang menyediakan memorandum kepada Ceupac dan berusaha untuk berbincang dengan JPA  mengenai nasib pergerakan gaji kami. Didoakan usaha meraka berhasil. Mungkin pergerakan gaji  kami akan bertambah baik jika salah seorang dari kami anak atau menantu perdana menteri agaknya. Walaubagaimanapun kebanyakan kami masih tertarik  untuk terus berkerja dengan kerajaan kerana banyak peluang menambah ilmu pengalaman.
Bertugas semasa musim haji... Keberangkatan ke tanah suci dalam mode raya lagi
Syukur dapat berpeluang melanjutkan pelajaran tempohari di Kiel Germany dalam bidang endoscopy semasa ramadhan tahun lepas.



Makkah dan Madina masih terbayang-bayang. Tidak saya ketahui samada akan dipanggil lagi atau tidak. Ya Allah jemputlah aku lagi.... 
Sewaktu kiswah kaabah ditukarkan pada hari tarwiyah. Saya cuba tunggu sehingga pintu kaabah dibuka.. lama sangat, mengantuk dan terus balik.


Sahabat-sahabat, kenalan sewaktu di tanah suci masih saya hubungi ,sekurang-kurangnya dapat mengembalikan mode "haji ". Nama-nama kenalan masa haji masih terpampang di FB, namun perbicaraan sudah tidak menyentuh perkara-perkara haji. Saya tahu masing-masing sibuk dengan persiapan anak-anak hendak ke sekolah. Saya pun tidak terkecuali..
Anak no 3 Fawwaz   jadi pengawas.. Masalah baju putih selalu kotor dapat di atasi..


Semasa memilih baju dan seluar sekolahyang sesuai,  anakku yang kebosanan ini sempat lagi menyusahkan tuan kedai... ditukarnya tanda saiz seluar ..yang besar  mempunyai tanda saiz kecil dan sebaliknya... bertambah rumit  hendak membetulkannya....


Semasa haji masalah perubatan memang tidak boleh dielakkan,. Masalah sakit puan juga merupakan masalah paling popular di sana. Doktor yang dihantar bertugas di sana perlulah mengetahui sedikit sebanyak masaalah berkaitan dengannya terutama bagi mereka yang telah lama tidak berkecimpung dalam alam sakit puan. Mungkin terakhir sekali semasa Housemanship. Pokok pangkalnya majoriti jemaah wanita berharap tidak berhadas semasa di sana. mereka mahu ke masjid, menunaikan umrah dan beranggapan satu kerumitan jika berwukuf kelak... kata mereka bilik air susah, susah nak urus. Haid sebenarnya tidak membatalkan wukuf dan tidak mengurangkan sedikitpun pahala haji.

arafah......






Arafah yang kian menghijau






Arafah... waktu dhuha.. baru bangun selepas berehat seketika selepas solat subuh...

Kenderaan berkaki empat di Arafah bernama Unta



Kenderaan beroda empat di Arafah bernama ATV


Barisan petugas perubatan wanita


Terdapat juga pegawai perubatan kerajaan dan swasta merumitkankan keadaan dengan memberi pil-pil hormon tanpa kawalan dan indikasi yang betul. Contohnya penggunaan pil perancang tanpa merancang dengan betul. Pihak pengurusan tabung haji telah mengenal masalah ini dan mereka selalunya akan melantik atau mengambil rekrut baru dari kalangan pakar perbidanan dan sakit puan. Begitu juga dalam disiplin yang lain.

Antara doa dan ikhtiyar yang ditanpal pada sesetengah maktab... Pandangan saya iktiyar dengan berjumpa dengan doktor disamping doa lebih berkesan .

Saya akan berikan ringkasan perbentangan keras kerja haji sewaktu Muzakarah Haji Kebangsaan 2010 yang lepas. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda.



1.Jika tiada masalah tentang Haid. Disyorkan agar tidak mengambil mana-mana pil. Biarkan sahaja fisiologi ketentuan Allah.



2.Jika terdapat masalah haid hendaklah dirujuk sewaktu saringan kesihatan.

3.Masa rujukan hendaklah awal sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum berangkat. Ada golongan yang perlu rawatan perubatan cthnya pil hormon atau suntikan dan pembedahan kecil atau besar(myomectomy, polypectomy, hysterectomy) sebelum berangkat ke tanah suci. Saya pernah memujuk seorang pesakit kanser ovari sebesar kandungan cukup bulan menangguhkan perjalanan ke Mekah ketahun hadapannya setelah rawatan pembedahan kanser tersebut selesai.

Pendarahan di usia menopos bukan bermakna anda muda semula tapi mungkin disebabkan kanser di dalam rahim.. Kesan diperingkat awal .Gambar kes tempohari.

Fibroid seperti ini selalunya menimbulkan masalah pendarahan lantas merumitkan kerja haji. 3-5 hari duduk di wad.

5. Sesetengah pengamal perubatan sering memberi sesetengah ubat hormon secara berterusan sehingga 2-3 bulan dimana ubat tersebut bukan dilesen untuk menahan haid. Pengambilan secara berterusan ini perlu dirujuk kepada pakar O&G. Kebanyakan jemaah yang mengambilnya akan menghadapi masalah pendarahan yang tidak menentu seperti pil-pil di bawah.


 
6. Jangan terpengaruh dengan kawan-kawan yang mengambil pil, kerana keadaan tubuh badan tidak semestinya sama. Malah boleh membahayakan.



7.Jika tiada pilihan kerana masalah pengaturan masa penerbangan. Pil-pil hormon tersebut boleh digunakan dalam tempoh yang tertentu setelah mendengar nasihat dan kaunseling dari pakar O&G (ada kemungkinan ubat tersebut tidak berkesan lansung- jemaah perlu ada pelan kontigensi).



Jemaah mestilah patuh dengan cara dan waktu pengambilan ubat. Selalunya saya akan tuliskan tarikh agar mudah pesakit mengambilnya dan tidak keliru. Kekadang pihak suami mahukan pil tersebut diteruskan untuk beberapa hari sekembali ke tanah air. Pegawai perubatan harus prihatin .






Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah pada pegawai perubatan yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan dengan doa berbahagia hingga ke syurga dibawah lindungan dan rahmat keberkatan Allah. Jikalau  berbulan madu di tanah suci ...lebih baik.

Dr Syadidi Zikri



Dr Mimi Farleena.


Dalam kesibukan tugasan di tempat kerja, kami adik-beradik mengemas perpustakaan mini di rumah arwah abah. Sesetengah buku-buku lama koleksi Allahyarham kami sedeqahkan ke perpustakaan di ILIM berhampiran dengan rumah. Yang mengkagumkan kami ialah keadaaan sesetengah buku yang berusia lebih 40 tahun itu masih elok dan terdapat juga buku yang di makan anai-anai. Lebih mengkagumkan tulisan masih jelas walaupun kulit luar dimakan anai-anai. Saya fikir segala karangan  ilmu yang ditulis oleh ulama besar seperti Imam Nawawi ini dipelihara Allah.

Kitab Imam Nawawi di maktabah mini Allahyarham abah


Kitab yang di makan anai-anai



 Isi kandungannya masih terpelihara dan masih boleh digunapakai.... Semoga pahala sedeqah ini berterusan sampai ke Allahyarham


Helaian yang tidak ditulis dimakan anai-anai.. Mungkin kertas atau dakwat pencetak mempunyai ubat mencegah anai anai atau anai-anai menghormati ilmu itu.
Rutin harian menghantar anak kesekolah bermula kembali. Dengan kesegaran pagi sungguh mengembirakan saya bila melihat anak-anak ke sekolah dengan serba baru. 


     
    7:05 am. Hari ini boleh beli aiskrim ke?....Soalan pertama di awal pagi.

Waktu rehat boleh beli aiskrim?


Musim haji semakin awal dan sekembalinya dari Tanah Suci saya berkesempatan bercuti bersama anak-anak dan dapat bersama mereka pada hari pertama persekolahan. Dalam terkenang akan tanah suci Makkah dan Medina, saya teringat "baklava" ( Kuih manis berinti kacang berasal dari turki)  kegemaran saya. Dengan bantuan isteri saya mencuba membuatnya  setelah terjumpa buku resepi di sebuah kedai buku sewaktu menemani anak-anak  membeli buku latihan dan Azah membeli alat bantuan mengajar....Baba beli buku resepi......


Inilah hasilnya ....Kena buat lagi ni.... lapisan merekah terlalu kering, kacang terkeluar manis madunya sederhana,  cengkih lemon dan kayu manis terasa,  tapi rasanya tidak lari jauh...



Sahabat dari German berketurunan Turkey membalas email setelah melihat imej yang dihantar....
The baklava, you must cook the sirup with sukar and water well and
for minimum a half hour.Later you put it of the cooked baklava.
I dont know if you know that between every line or every second line
you make some butter between it. With nutz or pistacio, mmmh.
Delicous.
Selam also from our imam arif hikmet.
Veilin Danke . We love you
.